Connect with us

Berita Lain

Dr M Umum Cuti 10, 11 Mei Jika HARAPAN Menang



Pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) Tun Dr Mahathir Mohamad
mengumumkan 10 dan 11 Mei akan diisytiharkan sebagai cuti umum sekiranya
gabungan pembangkang itu memenangi pilihan raya umum ke-14 (PRU14).
“Saya tak suka cuti tapi saya sedar orang lain suka
cuti. Tapi ini kali, ini kali sahajalah,” kata bekas perdana menteri itu
dalam taklimat kepada calon HARAPAN di Petaling Jaya malam tadi.
Memandangkan hari mengundi (Rabu, 9 Mei) diisytiharkan
sebagai cuti umum, Mahathir berkata rakyat Malaysia akan berehat lima hari jika
HARAPAN memenangi Putrajaya dengan mengambil kira cuti pada hujung minggu.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Cadangan agar HARAPAN mengisytiharkan 10 dan 11 Mei sebagai
cuti umum sekiranya memenangi PRU14 kali pertama dicetuskan oleh Pengarah
Strategi Parti Amanah Negara (AMANAH) Dr Dzulkefly Ahmad.
Beliau berkata cuti tambahan itu bagi menggalakkan dan
meyakinkan rakyat untuk pulang mengundi dan seterusnya menyambut ‘kemenangan
rakyat’.
Pakatan Harapan Perak turut berjanji mengisytiharkan cuti di
negeri itu pada 10 dan 11 Mei sekiranya berjaya membentuk kerajaan negeri.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebelum ini menetapkan 9 Mei
sebagai hari mengundi dan 28 April sebagai hari penamaan calon.

Ketetapan hari bekerja sebagai hari mengundi menerima
kritikan daripada pembangkang kerana didakwa menyukarkan pengundi untuk
menunaikan tanggungjawab mereka.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Pada 11 April, lebih 100,000 menandatangani petisyen atas
talian bagi memohon Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V mengisytiharkan 9
Mei sebagai cuti umum.
Susulan itu Pejabat Perdana Menteri (PMO) mengisytiharkan
hari tersebut sebagai hari kelepasan am di seluruh negara.



Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel