Connect with us

Berita Lain

ECRL: Kesungguhan Kerajaan Lakukan Perubahan


KOTA BHARU – Datuk Seri Najib Tun Razak berkata projek
Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) bukti kesungguhan kerajaan melakukan perubahan
yang besar dan ketara di Kelantan dan negeri lain di pantai timur Semenanjung.

Perdana Menteri berkata ECRL akan mengubah landskap ekonomi
dan kehidupan rakyat di Kelantan dan seluruh negeri pantai timur dalam pelbagai
bidang.
“Kalau kita nak sesebuah wilayah itu maju kita kena
hubungkan wilayah itu dengan seluruh tanah air kita.
Pengangkutan yang menghubungkan antara satu wilayah dengan
wilayah lain akan membawa perubahan yang cukup ketara,” katanya ketika berucap
merasmikan majlis pecah tanah projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) peringkat
Negeri Kelantan di Tunjong di sini, hari ini.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Turut hadir Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri,
Datuk Seri Mustapa Mohamed; Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai;
Pengerusi Malaysia Rail Link Sdn. Bhd., Tan Sri Irwan Serigar Abdullah dan
Pengarah Urusan Eksekutif China Communications Construction ECRL Sdn. Bhd., Bai
Yinzhan.

Projek ECRL bernilai RM55 bilion sepanjang 688 kilometer itu
menghubungkan Pelabuhan Klang, Selangor dengan Pahang, Terengganu dan Kelantan.
Projek tersebut yang melibatkan 28 stesen menawarkan
perkhidmatan keretapi penumpang dan kargo dijangka siap pada Jun 2024.
“Di Amerika Syarikat, kawasan sebelah barat membangun kerana
adanya perhubungan kereta api, kawasan wild west atau kawasan koboi membangun
seperti di California dan sebagainya kerana perintisnya adalah hubungan kereta
api.
“Begitu juga tempat lain di dunia, hubungan rel yang efisien
dan moden dan mampu digunakan serta boleh diharap manjadi punca suntikan kepada
kemajuan di sesebuah wilayah,” kata Perdana Menteri.
Najib berkata dalam konteks di Kelantan, kewujudan ECRL akan
mempercepatkan perjalanan terutama dari Kota Bharu ke Kuala Lumpur dan
sebaliknya.
“Kalau dahulu dari Kuala Lumpur ke Kota Bharu ambil masa
lapan jam, tetapi apabila siap ECRL nanti dengan kelajuan 160 km sejam,
perjalanan akan makan masa empat jam.
Musim perayaan pula makan masa 16 jam untuk sampai ke Kota
Bharu, maka kita ada alternatif guna perkhidmatan ECRL, yang hanya makan masa
empat jam sahaja,” kata Najib.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Perdana Menteri berkata daripada aspek pekerjaan, adalah
dijangka pada kemuncak projek itu secara langsung atau tidak langsung akan
menyediakan 80,000 peluang pekerjaan dengan 70 peratus daripadanya untuk anak
tempatan (rakyat Malaysia).
“Baru-baru ini kita telah melantik 237 perunding, kontraktor
dan sub kontraktor anak tempatan dengan jumlah RM1.48 bilion kerja-kerja yang
dilaksanakan, projek ini menjadi pemangkin perubahan dan kita telah buat kajian
negeri-negeri pantai timur ini akan tumbuh ekonominya sebanyak 1.5 peratus
lebih tinggi,” katanya.
Beliau yakin kebimbangan terutama ibu bapa yang anak-anak
mereka terpaksa berhijrah ke negeri lain untuk mencari pekerjaan akan lenyap
berikutan adanya ECRL yang akan mendorong kemajuan pelbagai sektor ekonomi dan
pelaburan.
Sehubungan itu, Najib membidas tindakan pihak tertentu yang
mahu membatalkan projek ECRL yang sudah tentu akan merugikan rakyat Malaysia,
khususnya pekerja, sub kontraktor dan pihak lain yang terlibat.
Perdana Menteri juga menegaskan pihaknya tidak menjual janji
kepada rakyat sebaliknya telah melaksanakan, sedang melaksanakan atau akan
dilaksanakan janji-janji tersebut.
“Pada zaman saya sahaja Kelantan diambil peduli walaupun
negeri Kelantan, di bawah pembangkang saya senghoti (benar-benar) mengambil
peduli berbanding dia tidak senghoti 22 tahun Kelantan kena dera,” katanya. –
BERNAMA

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel