Connect with us

Berita Lain

Gaya Rambut Ala ‘Hipster’, Singa Kenya Jadi Perhatian



MEMILIKI gaya rambut ala ‘hipster’, seorang jurugambar telah merakam imej seekor singa tersebut di Taman Negara Nairobi,Kenya baru-baru ini.
Gambar singa yang sempat diambil itu memaparkan keadaan haiwan liar terbabit cukup ‘bergaya’ dengan rambutnya terpacak dan janggut yang tidak dicukur menunjukkan satu kelainan haiwan ini daripada singa-sianga lain yang sama spesies dengannya.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

‘Raja Rimba’ itu kelihatan sedang berehat dan santai menyebabkan seorang jurugambar yang berada di sekitar kawasan tersebut dapat merakam gambar haiwan liar itu secara senyap-senyap.
 “Saya merasakan rambutnya cukup hebat dan terpanggil untuk mengambil gambarnya,” kata Paras Chandaria yang pernah memenangi anugerah jurugambar hidupan liar terbaik.
Lapor Daily Mail, Chandaria sering ke taman tersebut menggunakan kenderaannya untuk mengambil gambar haiwan-haiwan liar.
“Gambar yang dirakam menerusi kamera saya membuktikan bagaimana cara kehidupan sebenar hidupan liar tersebut.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement
“Setiap gambar juga mempunyai nilai kreatif dan emosi yang dapat memberikan kesedaran kepada orang ramai mengenai keindahan hidupan liar di sekeliling kita,”ujarnya lagi.

Singa jantan di negara ini pernah tercatat antara singa terberat di benua Afrika dengan berat mencapai 272 kilogram (kg). Sementara singa betina terberat yang pernah ditemukan di Afrika Selatan dengan beratnya mencapai 152 kg.
Populasi singa di seluruh dunia telah berkurang dengan agak drastik dalam 100 tahun kebelakangan ini, dari sekitar 200,000 ekor menjadi antara 20,000 hingga 39,000 ekor yang tinggal. – MYNEWSHUB.CC/MIZE

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel