Connect with us

Berita Lain

Gelombang Dr Mahathir Kini Bergabung Dengan Nik Omar, Kata Pengkaji


“Selama ini golongan pro Islam ini mengundi Pas dan tidak
akan mengundi parti lain kerana menganggap mereka tidak berapa Islam.
“Penyertaan Nik Omar menjadi calon PH di Cempaka seolah-olah meletakkan logo
‘halal’ kepada PH dan AMANAH khasnya,” kata Mazlan berdasarkan kajian beliau di
kalangan pengguna media sosial.

Gelombang yang telah dihasilkan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad
kini bergabung dengan gelombang yang terbina ekoran penyertaan anak bekas
menteri besar Kelantan, Nik Omar Nik Abdul Aziz.
Pengkaji politik dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM),
Dr Mazlan Ali berkata, Nik Omar telah mencipta gelombang baru di kalangan
pengundi pro Islam di negara ini khasnya di kalangan penyokong Pas.
“Selama ini golongan pro Islam ini mengundi Pas dan tidak
akan mengundi parti lain kerana menganggap mereka tidak berapa Islam.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Penyertaan Nik Omar menjadi calon PH di Cempaka seolah-olah
meletakkan logo ‘halal’ kepada PH dan AMANAH khasnya,” kata Mazlan berdasarkan
kajian beliau di kalangan pengguna media sosial.
Berdasarkan perkara itulah, katanya, pemimpin dan penyokong
Pas paling marah kepada Nik Omar sekarang.
Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyudin Hassan telah
mengumumkan Nik Omar dipecat serta merta dari Pas sebaik saja beliau menjadi
calon PH.
Padahal ia tidak perlu dibuat kerana penyertaan Nik Omar ke
dalam AMANAH bermakna keahlian beliau dalam Pas tergugur dengan sendirinya.
Bagi beliau, PH kini berjaya menggabung dua gelombang iaitu
yang dihasilkan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad dan Nik Omar.
“Kalau Dr Mahathir Mohamad hasilkan gelombang di kalangan
Melayu luar bandar yang menyokong Umno selama ini, Nik Omar telah melahirkan
gelombang baru kepada pengundi yang menyokong PAS selama ini.
“Sebab itu, apabila Nik Omar menjadi calon PH di Cempaka,
pemimpin dan cybertrooper Pas paling marah,” kata Dr Mazlan.
Berdasarkan kajian beliau terhadap trend di media sosial, Dr
Mazlan mendapati, ramai pengundi yang selama ini mengundi atas kepentingan
Islam mula memberikan keyakinan kepada Amanah dan PH dengan penyertaan Nik
Omar.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Katanya, kalau selama ini pengundi pro Islam masih was-was
apakah Amanah ini parti Islam atau tidak, penyertaan Nik Omar telah menghakis
keraguan itu.
“Penyertaan beliau telah berjaya memecahkan doktrin bahawa
hanya Pas parti Islam dan mereka mula fikir undi PH ini tidak ada masalah,”
kata pengkaji politik UTM itu.
Sehubungan itu, beliau yakin penyertaan Nik Omar telah
memberikan impak besar kepada politik orang Melayu yang selama ini pro Islam.
“Bagi saya ini satu kejayaan besar Husam Musa dalam karier politiknya
khasnya di Kelantan,” katanya berdasarkan Pengerusi PH Kelantan itu yang
berusaha membawa Nik Omar menjadi calon PH.
Nik Omar telah membuat kejutan apabila hadir ke pusat
penamaan calon dan dinamakan sebagai calon PH untuk kerusi Dewan Undangan
Negeri Cempaka, Kelantan.
Ekoran itu, pelakon terkenal Wardina Suffiah berkata,
sokongan beliau kepada Pakatan Harapan naik 100% dengan penyertaan Nik Omar
ini.

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel