Connect with us

Berita Lain

Hari Wartawan: Najib Sertai Lebih 1,000 Pengamal Media


KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak
dijadual menyertai lebih 1,000 pengamal pada sambutan julung kali Hari Wartawan
Nasional (Hawana) 2018 di ibu negara pada 11 April.

Sambutan perayaan terbesar khusus untuk media tempatan di
Pusat Pameran dan Konvensyen Matrade itu akan menyaksikan kehadiran pengamal
media dari seluruh negara dan beberapa negara anggota ASEAN.
Menurut kenyataan media Jawatankuasa Kebangsaan Sambutan
Hawana, antara perkara yang bakal menjadi tumpuan pada sambutan bertemakan
‘Membela Bangsa, Membina Negara’ ialah deklarasi yang menggariskan hala tuju
kewartawanan dan industri media negara.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Kemuncak Hawana 2018 ialah penyampaian Anugerah Tokoh Hawana
kepada seorang tokoh yang banyak menyumbang kepada kemajuan dunia kewartawanan
negara.
Namun sebelum itu, perhatian akan tertumpu kepada ucapan
Najib selaku tetamu kehormat yang akan turut mengambil bahagaian dalam sesi
interaksi bersama pengamal media di majlis yang bermula 4 petang, kata
kenyataan itu.
Menurut kenyataan itu, Hawana diadakan bertujuan mendapatkan
pengiktirafan negara dan penghargaan atas sumbangan pengamal media dalam
membantu membangunkan negara dan mengukuhkan perpaduan masyarakat.
Wacana Hawana akan diadakan pada sebelah pagi dengan
ketua-ketua pengarang, pengarang dan tokoh media tempatan berbincang mengenai
kepentingan masa depan media tempatan dan seterusnya mengeluarkan deklarasi
tersebut.
Beberapa negara seperti China dan Indonesia telah meraikan
Hari Wartawan dan negara berkenaan memberi pengiktirafan secara rasmi atas jasa
dan perjuangan golongan wartawan setiap tahun,


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

“Malaysia menjadi negara terkini menganjurkannya dan diharap
Hawana akan dijadikan acara media terpenting setiap tahun di negara ini,” kata
kenyataan itu.
Sambutan Hawana juga mendapat sokongan kuat Menteri
Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak selepas menghadiri
sambutan serupa di Indonesia yang dikenali sebagai Hari Pers Nasional Indonesia
di Padang pada Februari lalu dan di Ambon pada Februari tahun lepas.
Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) dengan
kerjasama pengamal media seluruh negara mengambil tanggungjawab untuk
menganjurkan dan melaksanakan Hawana bagi mengangkat profesionalisme
kewartawanan negara. – BERNAMA

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel