Connect with us

Berita Lain

Hari Wartawan Nasional 29 Mei Mulai Tahun Depan


KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak
mengumumkan Hari Wartawan Nasional (Hawana) akan disambut pada 29 Mei bermula
tahun depan.

Beliau berkata ia sebagai mengiktiraf peranan para wartawan
dalam mencorak dan membentuk minda masyarakat.

“Kerajaan telah menerima cadangan proklamasi supaya Hari
Wartawan Nasional disambut pada 29 Mei setiap tahun sempena penerbitan edisi
pertama akhbar Utusan Melayu pada 29 Mei 1939,” katanya ketika melancarkan
Hawana yang julung kali diadakan, di sini hari ini.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Terdahulu, Pengurus Besar Berita Nasional Malaysia (Bernama)
merangkap Pengerusi Jawatankuasa Induk Hawana, Datuk Zulkefli Salleh membacakan
Deklarasi Hawana 2017/2018 yang antara lain bersetuju menetapkan 29 Mei sebagai
tarikh tetap sambutannya pada setiap tahun.
Turut hadir pada majlis itu ialah Menteri Komunikasi dan
Multimedia (KKMM), Datuk Seri Dr. Salleh Said Keruak; Ketua Setiausaha KKMM,
Tan Sri Dr. Sharifah Zarah Syed Ahmad; Pengerusi Bernama, Datuk Seri Azman
Ujang dan Ketua Pengarang Bernama, Datuk Zakaria Abdul Wahab.
Kira-kira seribu pengamal media dari seluruh tanah air serta
beberapa anggota ASEAN berhimpun pada sambutan julung kali Hawana 2018.
Bertemakan ‘Membela Bangsa, Membina Negara’, penganjuran
Hawana bertujuan mendapatkan pengiktirafan negara dan penghargaan atas
sumbangan pengamal media dalam membantu membangunkan negara dan mengukuhkan
perpaduan masyarakat.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Dalam pada itu Najib berkata kerajaan turut menyambut baik
Deklarasi Hawana untuk memerangi berita tidak benar dalam mengekang dan
membendung isu penyebaran maklumat palsu.
Beliau berkata ini berikutan konsep “siapa sahaja boleh
menjadi wartawan” telah menjadi satu trend akibat ledakan kemajuan teknologi
maklumat dan internet.
“Perkara ini telah menjadi kebimbangan kepada masyarakat
kerana wartawan warga ini (netizen) sebenarnya merupakan mereka yang
menjalankan tugasan kewartawanan tanpa latihan asas.
“Mereka sering pula menjadi penulis maya dan menulis sesuatu
hanya berdasarkan persepsi serta pemahaman sendiri tanpa merujuk atau mendapat
pengesahan terlebih dahulu tentang sesuatu berita atau isu.” – BERNAMA

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel