Connect with us

Berita Lain

Himpunan Bantah Mahathir Guna Logo PKR


PETALING JAYA – Sekumpulan ahli PKR berhimpun bagi mendesak
pucuk pimpinan tidak membenarkan Tun Dr Mahathir Mohamad bertanding menggunakan
logo parti itu pada PRU14.
Timbalan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Bukit Gantang,
Muhamad Faisal Zainal berkata, kumpulan terdiri daripada beberapa cabang
peringkat akar umbi turut memberikan tempoh enam hari kepada pemimpin PKR bagi
mengkaji semula keputusan itu.

“Seperti diumumkan parti, Mahathir akan menggunakan logo PKR
untuk bertanding pada PRU14. Justeru, saya dari Cabang Bukit Gantang mewakili
ahli parti peringkat akar umbi menzahirkan rasa kecewa dan membantah perkara
berkenaan.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Kami beri masa enam hari untuk keluarkan nama Mahathir
bermula hari ini 21 April (Sabtu) sehingga 26 April. Jika tidak kami telah
putuskan beberapa tindakan yang akan kami umumkan kemudian,” katanya ketika
berhimpun di Ibu Pejabat PKR, hari ini.
Menurutnya, tindakan membenarkan Mahathir menggunakan logo
PKR dianggap bertentangan dengan justifikasi penubuhan awal PKR dan perjuangan
parti itu melawan tindakan serta kezaliman Mahathir ke atas Ketua Umum PKR,
Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Muhamad Faisal berkata, keputusan membenarkan Pengerusi
Bersatu itu bertanding atas tiket PKR dan mahu melantiknya semula sebagai
perdana menteri adalah tindakan tidak berprinsip.
“Kami akui, Malaysia perlukan perubahan dari aspek
pentadbiran, namun perubahan itu bukanlah dengan memberikan semula kuasa kepada
Mahathir.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

“Jadi, pada hari ini, kami mahu tuntut dua perkara iaitu
tidak membenarkan Mahathir menggunakan logo PKR dan kedua, pimpinan PKR
keluarkan nama Mahathir sebagai calon (atas tiket) PKR,” katanya.
Lebih 20 orang menyertai himpunan berkenaan yang dilihat
turut memegang sepanduk tertera kata-kata bantahan agar Mahathir tidak
dibenarkan menggunakan logo PKR sebelum memorandum bantahan dan tuntutan itu
diserahkan kepada wakil PKR Pusat, Faris Abdullah.

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel