Connect with us

Berita Lain

Istana Berkecuali Dalam Kancah Politik – Raja Muda Perlis


KANGAR: Istana merupakan pihak berkecuali dalam kancah
politik dan tidak memihak kepada mana-mana parti, titah Raja Muda Perlis Tuanku
Syed Faizuddin Putra Jamalullail.
Baginda bertitah istana hanya berpihak kepada perlembagaan
dan undang-undang yang dilaksanakan secara adil dan saksama.
“Istana juga sentiasa akur kepada kehendak rakyat yang
selaras dengan sistem demokrasi berparlimen, raja berperlembagaan negara ini.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Apa yang menjadi kewajipan istana ialah membimbing
rakyat kepada kesantunan budi dan keluhuran adat yang mulia,” titah
baginda ketika merasmikan Majlis Muhibbah Bersama Masyarakat Cina dan Siam di
One Centre Malaysia Darul Abrar dekat sini, petang ini.
Baginda merangkap Yang DiPertua Majlis Agama Islam dan Adat
Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) bertitah kepimpinan istana adalah saksama,
merentasi agama, parti politik dan warna kulit.
Tuanku Syed Faizuddin juga menegaskan setiap kerajaan dan
pentadbiran harus sentiasa adil dan saksama kepada semua rakyat tanpa mengira
latar politik mereka.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Turut hadir pada majlis itu, Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri
Zainul Abidin dan Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs Mohd Nazim Mohd Noor.- Bernama

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel