Connect with us

Berita Lain

Isu Prebet Adam: Jamal Gesa Siasat Mahathir

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad didakwa mengeksploitasi dan menggunakan kekecohan insiden Prebet Adam yang amuk di Chow Kit pada 1987 bagi mengurangkan keistimewaan raja Melayu.
Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Yunos mendakwa, Mahathir turut menggunakan insiden berkenaan secara tidak langsung bagi mewujudkan persepsi tidak baik terhadap kerabat diraja Johor.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Justeru, Jamal meminta polis menyiasat Mahathir yang dikatakan menggunakan media bagi melaporkan insiden Prebet Adam yang dikaitkan dengan kerabat diraja Johor dan cuba mengurangkan keistimewaan raja Melayu.
“Pagi ini saya buat laporan polis tentang kes 30 tahun lalu berkaitan insiden Prebet Adam yang digunakan Dr Mahathir dan mengaitkannya dengan kerabat diraja Johor.
“Dr Mahathir waktu menjadi perdana menteri menggunakan media yang dikawal sepenuhnya menyebarkan insiden itu dan hampir semua rakyat dalam negara ini percaya dengan dakwaan tersebut.
“Hakikatnya, selepas 30 tahun berlalu, perkara sebenar telah didedahkan keluarga Prebet Adam dan jelas kisah yang dilaporkan adalah satu fitnah dan perbuatan menipu,” katanya selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Dang Wangi, hari ini.
Jamal berkata, enam laporan polis dibuat terhadap Mahathir berkaitan isu berkenaan dan menegaskan bekas perdana menteri itu perlu bertanggungjawab terhadap semua tindakannya.
“Dengan laporan polis yang dibuat, saya mendesak polis membuka siasatan tentang perkara ini.
“Walau dengan apa kaedah dan undang-undang yang ada, perkara ini perlu disiasat kerana bukan sahaja seluruh rakyat tertipu, malah turut mencemarkan nama baik kerabat diraja Johor,” katanya.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Insiden Prebet Adam kembali mendapat perhatian media setelah Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim membangkitkan isu itu dalam kenyataan baginda menerusi akaun Facebook Johor Southern Tigers, 7 April lalu.
Prebet Adam Jaafar dilaporkan mengamuk dan bertindak melepaskan tembakan rambang dengan senapang M16 di Jalan Chow Kit, Kuala Lumpur sehingga menyebabkan seorang lelaki terbunuh.
Dalam kejadian itu, ada yang mengaitkan kerabat diraja Johor yang dikatakan menjadi punca Prebet Adam mengamuk.
Semalam, Hawa, adik perempuan Prebet Adam memohon maaf kepada kerabat diraja Johor yang diheret ke dalam insiden amukan abangnya.
Menurut Hawa, abangnya mengamuk disebabkan masalah di tempat kerja.
Katanya, insiden berkenaan tiada kaitan dengan kerabat diraja Johor.
– Sinar Online

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel