Connect with us

Berita Lain

Jangan Emosi, Fitnah Semasa Tempoh Kempen, Kata Najib


KUALA LUMPUR — Perdana Menteri, Datuk Seri Najib
Razak berkata calon-calon Barisan Nasional (BN) dipilih dengan objektif utama
memastikan kemenangan peperangan besar pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), 9
Mei ini.
Najib, yang juga Pengerusi BN, berkata ia untuk mengekalkan
momentum parti untuk jangka panjang demi kepentingan rakyat.
“Saya faham bahawa akan ada anggota BN yang tidak terpilih
akan mempertikai keputusan yang dibuat dan tidak puas hati.
“Saya harap mereka dapat menerima keputusan yang dibuat
dengan hati yang terbuka dan menyokong mereka yang dipilih dan meletakkan
kepentingan BN di atas segala kepentingan,” kata Najib menerusi catatan di
laman blog beliau, malam tadi.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Menurutnya, beliau bersama Timbalan Perdana Menteri, Datuk
Seri Ahmad Zahid Hamidi, kepimpinan BN, termasuk presiden parti komponen BN dan
pengerusi BN negeri telah berunding senarai calon dengan sehabis baik.
“Ia mengambil kira maklumat yang diterima, penilaian yang
telah kita lakukan, semangat setiakawan BN dan lebih-lebih lagi di atas
kehendak pengundi dan rakyat,” kata Najib.
Beliau berkata calon-calon BN dipilih berdasarkan beberapa
kriteria antaranya rekod dan potensi mereka.
“Maknanya calon-calon yang kita pilih ini mestilah calon
yang disenangi oleh rakyat. Mungkin berdasarkan kepada pengalaman mereka,
perwatakan mereka, khidmat bakti mereka, dan sebagainya,” ujar Najib.
Menurutnya, calon BN telah dinilai dengan rapi sejak lima
tahun lalu, bukan sebulan dua sahaja. Ia mengambil kira prestasi mereka selama
lima tahun, hubungan mereka dengan masyarakat setempat dan sokongan yang mereka
terima daripada rakyat.
Najib berkata kepelbagaian calon yang diletakkan adalah bagi
memastikan BN tidak hanya memenangi pertempuran kecil tetapi memenangi
peperangan besar.
“Kita perlu jelaskan tidak ada erti dan tidak ada gunanya
kita memenangi pertempuran kecil jika ia hanya akan menyebabkan kita kalah
peperangan besar.
“Yang paling penting sekali ialah kita mahu menawarkan
kepada para pengundi calon-calon yang mampu menawarkan perkhidmatan terbaik di
kawasan mereka.
“Bagi calon yang telah terpilih, buktikanlah bahawa anda
sememangnya layak dipilih sebagai calon dan pahlawan Barisan Nasional!,” kata
Najib.
Najib berkata beliau percaya bahawa pilihan raya ini akan
menyaksikan apa yang disebutkan sebagai ‘TsunamiPHitnah’ dan hasutan yang
menjadi sandaran pembangkang dan penyokong mereka yang sebenarnya tidak
mempunyai agenda besar untuk rakyat sebaliknya semata-mata nak jatuhkan beliau
dan BN.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Dalam pada itu, Najib menyeru semua anggota BN supaya
merapatkan saf menjelang hari penamaan calon, hari ini.
“Bila kempen bermula saya ingin mengingatkan pengundi bahawa
PRU14 ini adalah proses kita memilih kerajaan di peringkat pusat dan negeri.
Kerajaan yang kita pilih itu ialah kerajaan yang bakal menguruskan hidup kita
sepanjang lima tahun akan datang.
“Dalam kita buat pilihan fikirlah sebaik-baiknya dan juga
jangan diganggu gugat oleh kempen-kempen yang berbentuk emosi, rayuan peribadi
daripada mereka yang telah tersasar jauh daripada perjuangan asal mereka,
mahupun dengan hasutan fitnah dan pembohongan,” kata Najib.
Najib berkata sebagai sebuah parti yang telah pun memimpin negara
selama ini, BN telah mendokong satu agenda dan dasar induk yang begitu tersusun
rapi dan komprehensif yang telah membawa kepada wujudnya pelan transformasi dan
pelaksanaannya yang berkesan.
“Pendek kata, we have delivered for the last five years and
we will continue to deliver (kita telah melakukan terbaik sepanjang lima
tahun  lepas dan akan terus berbuat
demikian).
“Apa yang kita minta kali ini adalah mandat baharu daripada
rakyat untuk kita terus memimpin lima tahun yang akan datang di mana kepercayaan
dan keyakinan serta sokongan rakyat, Insya-Allah BN akan berjaya dan dengan
kejayaan BN kita akan terus memperhebatkan negara Malaysia kita yang tercinta,”
katanya. — Bernama

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel