Connect with us

Berita Lain

Jangan Merajuk Dan Khianati Parti Dalam PRU14


KUALA KANGSAR – Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri
Najib Tun Razak hari ini mengingatkan semua anggota parti komponen BN termasuk
UMNO agar jangan merajuk dan mengkhianati parti dalam pilihan raya umum ke-14
(PRU14).

Perdana Menteri turut mengingatkan mereka agar terus bekerja
keras bagi mendapatkan mandat daripada rakyat.

“Jangan ada orang yang merajuk. Jangan mengkhianati parti
kita. Kita mesti pandang ke hadapan. Kita tahu bahawa survival kita, walau
marah macam mana pun, kalau tak suka perdana menteri pun tak apa, tetapi jangan
runtuhkan parti kesayangan kita. Selagi ada parti, kita boleh meneruskan
perjuangan.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Parti ini (UMNO) adalah parti keramat yang banyak berjasa
termasuk (kepada) perdana menteri 22 tahun itu. Dia (Tun Dr. Mahathir Mohamad)
tak kuat, saya pun tak kuat. Dia jadi kuat sebab UMNO. Dia tidak boleh khianat
pada UMNO sepatutnya. Jasa (UMNO) terlalu banyak kepada dia dan anak-anaknya.
“Ini kerana perjuangan UMNO dan BN yang mempertahankan dia
(Dr. Mahathir) selama ini… Ini dia sanggup nak jatuh, bunuh dan runtuh parti
yang banyak berjasa selama ini. Itu saya tidak dapat terima,” katanya pada
Program Ramah Mesra dan Jamuan Rakyat bersama Perdana Menteri di Dewan Jubli
Perak di sini hari ini.
Najib berkata PRU14 akan menentukan hala tuju masa depan
negara.
“Ini bukan soal peribadi. Ini bukan soal siapa menjadi
calon. Fikir masa depan anak-anak dan cucu-cucu kita. Jangan biar pisang
berbuah dua kali. Jangan biar Perak jatuh ke tangan pembangkang,” katanya.
Pakatan pembangkang PAS-PKR-DAP telah mentadbir Perak selama
11 bulan pada 2008.
Sementara itu, Najib berkata pihak pembangkang, khususnya
DAP yang menjunjung prinsip demokrasi sebenarnya gagal mengikuti prinsip itu.
Sambil memberi contoh, beliau berkata anggota Parlimen
Kepong, Dr. Tan Seng Giaw digugurkan sebagai calon PRU14 kerana beliau bercakap
benar dan melawan kehendak pemimpin.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

“Dia cakap benar dan kena buang (digugurkan sebagai calon).
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) dalam isu 1Malaysia Development Bhd.
(1MDB), dia (Tan) kata perdana menteri tidak buat apa-apa salah. Dia cakap
benar dan dia tidak dicalonkan (pada PRU14).
“Siapa lawan kehendak pemimpin utama memang tidak boleh…
mana ada demokrasi dalam parti itu,” katanya.
Sementara itu, Najib berikrar akan bekerja sedaya upaya
dengan pasukannya untuk memastikan Malaysia dimartabatkan sebagai negara
terhebat.
“Kita sudah ada perancangan termasuk projek MRT (Transit
Aliran Massa), LRT (Transit Aliran Ringan), High Speed Rail (HSR) (projek
kereta api berkelajuan tinggi), lapangan terbang baharu dan pelaburan besar
sudah ada. Kita perlu menang besar dan mendapatkan mandat.
“Orang kata seandainya BN menang semua akan naik. Bila undi
naik, bursa saham pun naik, nilai mata wang pun naik,” katanya. – BERNAMA

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel