Connect with us

Berita Lain

‘Jelmaan’ Michael Jackson

S SURENDRAN melakukan gaya seperti artis pujaannya, Michael Jackson.


Sebaik muzik lagu raja pop terkenal Michael Jackson diputarkan, terus saja lelaki ini lincah menari menguasai pentas persembahan hingga memukau penonton.


Umpama ‘roh’ Michael Jackson yang meninggal dunia sembilan tahun lalu meresap ke dalam dirinya.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();



Apatah lagi apabila dia bergaya dengan topi, pakaian dan kasut hitam serta melakukan gerak tarian ‘moon walk’ ketika persembahan benar-benar menampakkan dirinya seperti jelmaan Michael Jackson.


Kemunculannya di mana-mana acara sering mencuri tumpuan ramai dan boleh dikatakan pengubat kerinduan peminat terhadap penyanyi legenda itu.


Bagi sesiapa yang pernah melihatnya membuat persembahan pasti akan tertanya-tanya siapakah lelaki di sebalik solekan dan kostum berwarna hitam itu.


Dia adalah S Surendran, 36, yang mendapat jolokan Michael Jackson Malaysia sejak muncul di khalayak ramai 17 tahun lalu.


S SURENDRAN mula membuat persembahan di khalayak ramai pada usia 19 tahun.


Seandainya masih hidup, usia bintang legenda terkenal itu pada hari ini ialah 60 tahun. Namun auranya masih kuat hinggakan ramai mahu menjadi sepertinya.


Begitu juga S Surendran, dia peminat fanatik raja pop itu sejak kecil sehingga mendorongnya ‘menjelmakan’ diri sebagai Michael Jackson Malaysia.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});



Katanya, selepas membuat kemunculan di khalayak ramai, dia sering menjadi ‘buruan’ ramai untuk mengundangnya membuat persembahan.


“Agak lama juga saya ambil masa untuk muncul (di khalayak ramai) dan melakukannya apabila benar-benar bersedia.


“Dulu saya kerap menonton video Michael Jackson untuk mempelajari rentak tarian dan berlatih sendirian di rumah,” katanya kepada Nuansa.


Advertisement

S SURENDRAN menyolek wajahnya sebelum membuat persembahan.


S Surendren yang menetap di Cheras, Kuala Lumpur berkata, hingga kini setiap kali ada masa terluang atau tidak menerima sebarang undangan, dia akan mengisi masa itu dengan berlatih menari.


Katanya, dia memperuntukkan masa sekurang-kurang dua jam untuk berlatih bagi memahirkan lagi rentak tariannya.


“Walaupun tidak pernah berjumpa dan bertentangan mata, saya berasa agak dekat dengan mendiang.


“Lebih-lebih lagi apabila memakai lengkap kostum berwarna hitam dan dengar muzik lagu Michael Jackson, terus rasa diri jadi sepertinya,” katanya.


Menurutnya, dia begitu kagum dengan mendiang kerana bakat luar biasanya dimilikinya iaitu menyanyi sambil menari dengan penuh bertenaga.


ANTARA koleksi poster Michael Jackson yang disayanginya.


“Hingga kini masih tiada penyanyi lain yang mampu menandingi kemampuannya walaupun ramai yang ingin menjadi sepertinya.


“Mendiang seorang penyanyi serba boleh dan perjalanan hidupnya membuatkan ramai yang mengaguminya,” katanya.


Katanya, dia begitu tertarik dengan perjalanan kehidupan mendiang yang berasal daripada keluarga miskin, kemudian berubah menjadi seorang dikenali di seluruh dunia.


Mesra disapa MJ Suren, dari sudut positif yang dia melihat Michael Jackson mempunyai kegigihan dan kesungguhan luar biasa dalam memajukan diri hingga membuatkan ramai terinspirasi.


S SURENDRAN menunjukkan jaket koleksi kesayangannya.
“Pada mulanya saya menjadi Michael Jackson Malaysia sekadar suka-suka bagi memenuhi hobi tapi kini sebagai pekerjaan sampingan.


“Adakalanya saya tidak menang tangan untuk memenuhi jemputan persembahan dan pada masa sama turut aktif persembahan amal.


“Saya seronok apabila dapat menghiburkan orang ramai menerusi persembahan dan lebih-lebih lagi apabila mendengar tepukan gemuruh daripada mereka (penonton),” katanya.


Menurutnya, dia tidak kisah berbelanja besar untuk membeli kelengkapan pakaian demi memastikan persembahannya sempurna dan memuaskan hati ramai orang.


S SURENDRAN bersama sebahagian koleksi pita video Michael Jackson.
“Kelengkapan wajib pakaian seperti Michael Jackson ialah topi, stoking, sarung tangan, jaket, kaca mata. Semua jaket ini saya beli dalam talian dan paling mahal, RM800 sehelai,” katanya.


Katanya, ada satu kenangan yang tidak dilupakan apabila rambut palsu dipakainya nyaris tercabut ketika membuat persembahan.


“Selepas insiden itu, saya mengambil keputusan membela rambut panjang bagi mengelak kejadian berkenaan berulang.


“Kadang-kadang saya tergelak sendiri apabila teringatkan kejadian itu (rambut palsu hampir tercabut),” katanya.


Berkongsi lanjut hobinya itu, S Surendran berkata, sejak kecil dia mengumpul banyak barangan berkaitan penyanyi itu seperti kaset, poster, komik dan pita video yang mencecah ribuan koleksi.


S SURENDRAN bersama poster Michael Jackson.
“Semua barangan ini masih saya simpan dan berada dalam keadaan baik. Boleh dikatakan ia koleksi berharga dan mempunyai nilai sentimental kepada saya.


“Ketika kecil saya sanggup menyimpan sebahagian wang belanja sekolah semata-mata mahu mengumpul koleksi,” katanya yang mengakui koleksi itu menjadi terapi kepadanya ketika berdepan stres.


Menurutnya, tidak dinafikan pada mulanya keluarga terutama ibu, A Thanavathi, 63, kurang bersetuju dengan minatnya tapi akhirnya akur selepas dia memberikan penjelasan. 

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel