Connect with us

Berita Lain

Jiran Temui Wanita OKU Kurus Kering, Bergelumang Najis Di Ruang Dapur


KOTA BHARU – Seorang wanita OKU ditemui dalam keadaan kurus
kering dan bergelumang najis di ruang dapur sebuah rumah di Taman Sri Setia,
Kampung Panchor, Padang Tembak Pengkalan Chepa, di sini tadi.
Mangsa berusia 44 tahun yang terkurung itu, ditemui jiran
yang kebetulan lalu di lorong belakang deretan rumah teres setingkat itu pada
jam 9 malam, lapor Sinar Harian.

Jiran berusia 48 tahun terbabit berkata, ketika melalui
rumah mangsa, langsir tingkap terbuka secara tidak sengaja dan dia ternampak
wanita itu terbaring di lantai.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Baunya sangat busuk dan pada mulanya saya sangkakan dia
meninggal dunia, tetapi apabila dipanggil dia mengeluarkan bunyi seperti
mengerang kesakitan.
“Saya kemudian panggil jiran lain dan sepakat hubungi polis”
katanya kepada pemberita ketika ditemui di lokasi kejadian.
Tinjauan Sinar Harian mendapati mangsa berada dalam timbunan
sampah bekas makanan dan tin minuman, selain lantai tempat dia terbaring
dipenuhi najis serta berbau busuk.
Pihak polis yang tiba di lokasi bertindak memecahkan pintu
dapur bagi menyelamatkan mangsa.
Sejam kemudian, seorang wanita berusia 40 tahun dipercayai
adik mangsa, pulang ke rumah.
Mangsa kemudian dibawa menaiki ambulans dan dihantar ke
Hospital Raja Perempuan Zainab (HRPZ) II untuk rawatan lanjut, manakala adik
mangsa ditahan polis untuk siasatan lanjut.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement


Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel