Connect with us

Berita Lain

Jokowi Jelajah Kampung Tunggang Motosikal Chopper




SUKABUMI – Jelajah bermotosikal Presiden Indonesia, Joko Widodo dengan menunggang chopper menarik perhatian ribuan penduduk berkumpul di sepanjang jalan di Sukabumi, Jawa Barat.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Puluhan penunggang motosikal mengiringi pemimpin mesra disapa sebagai Jokowi yang menunggang motosikal Royal Enfield Bullet 350cc berwarna emas miliknya yang dibeli dengan harga Rp140 juta (RM41,400).
Jokowi mencuri perhatian dengan pakaiannya iaitu berjaket denim serta memakai but, seperti penunggang motosikal berkuasa tinggi, bukannya seperti presiden.
Media Indonesia melaporkan, dia melakukan jelajah masuk kampung dengan bermotosikal ke Sukabumi untuk menghadiri dua program di Desa Pasir Suren dan Desa Citarik.
Jawa Pos melaporkan, kedua-dua program itu anjuran Kementerian Pekerjaan Umum dan Perumahan Rakyat (PUPR) dan Kementerian Desa, Pembangunan Daerah Tertinggal dan Transmigrasi.
Jokowi turut menyertai sesi dialog dengan urus setia program yang juga penduduk tempatan.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement
“Saya melalui perjalanan kira-kira 30 kilometer (km) ke Pantai Pelabuhan Ratu dan tempatnya amat cantik. Keadaan jalannya juga berliku, pada masa sama dapat mengenali Pelabuhan Ratu,”katanya.
Jokowi turut disertai Menteri PUPR, Basuki Hadimuljono; Menteri Perhubungan, Budi Karya Sumadi dan Ketua Staf Presiden, Moeldoko yang turut menunggang motosikal. – Agensi/myMetro Online

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel