Connect with us

Berita Lain

Jurugambar Langgar Privasi Rakam Gambar Zuckerberg



SEORANG jurugambar mendedahkan dia pernah didakwa melanggar privasi pengasas Facebook, Mark Zuckerberg hanya kerana merakamkan gambar jutawan itu mengutip najis anjingnya. 
Jurugambar berkenaan, Nick Stern berkata, ketika dia merakamkan gambar itu di tepi jalan, dia telah dihampiri oleh pengawal keselamatan yang memintanya datang ke ibu pejabat Facebook di Palo Alto, California.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Apabila dia tiba di sana, Nick telah diiringi oleh pengawal keselamatan dan bertemu dengan dua pekerja senior Facebook yang kemudiannya memberitahu bahawa dia telah melanggar privasi Zuckerberg dan diminta berhenti merakamkan gambar jutawan itu.
Ketika mendedahkan perkara itu kepada DailyMail, Nick menuduh Facebook sebagai hipokrit kerana bercakap mengenai privasi sedangkan syarikat gergasi berkenaan sendiri dituduh melanggar privasi berjuta-juta orang apabila data mereka digunakan oleh firma Cambridge Analytica.
Cambridge Analytica mempunyai kaitan dengan kempen pilihan raya Presi­den Amerika Syarikat (AS), Donald Trump pada 2016.
“Ironinya, Zuckerberg sanggup mempertahankan privasinya hingga ke tahap itu sedangkan berjuta-juta pengguna Facebook tidak termasuk dalam senarai keutamaannya,’’ kata Nick, yang kini menetap di Los Angeles.
Mengulas lanjut, Nick berkata ketika kejadian pada 2014 itu, dia langsung tidak pernah menceroboh privasi Zuckerberg sebaliknya hanya merakamkan gambar itu di tempat awam.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement

“Dia menjadi tokoh ternama jadi orang ramai berminat untuk mengetahui mengenainya. Beberapa minit selepas gambar dia mengutip najis anjing itu disebarkan, pengawal keselamatannya datang dan suruh saya ke ibu pejabat Facebook.
“Saya terkejut kerana saya tidak tahu bagaimana mereka mengenali saya,” katanya.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel