Connect with us

Berita Lain

Kelambu Cegah Jangkitan Malaria Berjaya Dicipta




LONDON – Sekumpulan ahli sains berjaya mencipta sejenis kelambu yang mampu menghalang serangan nyamuk pembawa penyakit malaria.

Evolusi nyamuk pembawa penyakit malaria membolehkan mereka kebal daripada sebarang racun serangga dan ia dikesan semakin menular di benua Afrika, sekali gus mengancam jutaan nyawa manusia.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Bagi mengatasi ancaman ini, sejenis kelambu dilengkapi dengan bahan kimia dikenali sebagai ‘piperonyl butoxide‘ dicipta dan ia dilihat mampu menghalang serangan serangga yang kalis racun serangga dari jenis ‘pyrethoid‘.
Kajian membabitkan lebih 15,000 kanak-kanak di Tanzania membuktikan bahawa kelambu berkenaan berjaya mengurangkan serangan penyakit malaria sebanyak 44 dan 33 peratus untuk dua tahun pertama berturut-turut.
Ini berbanding penggunaan kelambu yang hanya dilengkapi ‘pyrethoid’. Kejayaan itu disiarkan majalah The Lancet dan mendorong Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mencadangkan penggunaan alat terbabit secara lebih luas.
Ketua kajian berkenaan, Dr. Natacha Protopofoff dari Sekolah Perubatan Tropika dan Kebersihan London berkata, terdapat keperluan yang amat kritikal untuk mereka berada setapak lebih maju dari nyamuk kalis racun serangga.
Penggunaan kelambu yang dilengkapi racun serangga berjaya mengurangkan kadar kematian akibat serangan malaria namun selepas beberapa lama ia tidak lagi menunjukkan kejayaan memberangsangkan.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement

Statistik terkini WHO menunjukkan sejumlah 216 penduduk dunia telah dijangkiti penyakit itu pada tahun 2016, iaitu peningkatan sebanyak lima juta berbanding tahun sebelumnya dan meragut 445,000 nyawa.
Jumlah itu hampir sama pada tahun 2015. Justeru penciptaan kelambu berkenaan diharap memastikan kejayaan memerangi malaria dapat diteruskan. – Reuters/BH ONLINE

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel