Connect with us

Berita Lain

Kerajaan Tidak Sabotaj, Bersatu Gagal Ikut Prosedur



KUALA LUMPUR – Pengumuman pembubaran Bersatu yang dibuat Jabatan Pendaftar Pertubuhan Malaysia (RoS) tidak ada kaitan dengan Kerajaan Pusat termasuk niat melakukan sabotaj.


Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Azalina Othman Said berkata, sebaliknya keputusan dibuat RoS kerana kegagalan parti tersebut untuk mematuhi undang-undang.


“Agak memeranjatkan  kerana (parti politik) itu terdiri daripada  mantan-mantan menteri kabinet, orang politik yang pernah pegang jawatan dan pernah menjadi perdana menteri. Takkan  mereka tidak tahu prosedur undang-undang.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();



“Mungkin (selepas ini) mereka akan salahkan kerajaan. Itu biasalah. Isu persempadanan semula pun mereka salahkan SPR. Bila kalah kata SPR ejen kerajaan. Inilah pembangkang,” katanya kepada media selepas majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU), antara Sekretariat Bebas Muflis 2.0 SBM 2.0 dan Jabatan Insolvensi Malaysia, hari ini.


Katanya, negara ini ada undang-undang, jadi tidak bolehlah persatuan politik itu menyalahkan mana-mana pihak, buat tuduhan tidak tepat dan keluarkan berita palsu seolah-olah dianiaya.


“Ini berita sebenar. Saya pun sama-sama terperanjat macam wartawan dan orang ramai. Apa sebenarnya dalam  pemikiran mereka.


“Adakah setiausaha agung atau setiausaha kerja mereka tidak cekap. Yang saya sedih takkan mereka tidak ada peguam yang boleh menasihatkan mereka,” katanya.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Ditanya mengenai logo yang akan digunakan Bersatu, Azalina berkata, perkara itu tidak diketahuinya.


“Saya tidak pasti, logo mana yang akan digunakan Bersatu pada PRU14 nanti. Tengoklah nanti mereka nak pakai logo parti mana.


“Sudah dekat PRU, takkan itu pun tak boleh pantau. Kononnya persatuan ini mempunyai ramai orang yang berpengalaman dan bijak bestari,” katanya.


RoS hari ini mengeluarkan perintah pembubaran sementara berdasarkan notis mengikut Seksyen 14(5) Akta Pertubuhan 1966, kepada Bersatu.


Dalam tempoh pembubaran, Bersatu juga tidak boleh menggunakan nama dan logo parti. Parti itu turut diberi tempoh 30 hari untuk menghantar semua dokumen yang diperlukan RoS dan jika ada rayuan dan ditolak, Bersatu akan dibatalkan pendaftarannya.

Advertisement

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel