Connect with us

Berita Lain

Keselamatan Domestik Pastikan Keamanan Serantau


KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak
berkata kerangka keselamatan domestik bagi sesebuah negara adalah bahagian
penting yang akan menyumbang kepada keamanan dan keselamatan serantau secara
keseluruhannya.

Beliau menegaskan asas keselamatan antarabangsa akan menjadi
lemah apabila negara-negara tidak menangani dengan baik keselamatan populasi
mereka sendiri.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();


“Apabila kita bercakap tentang kerangka keselamatan
serantau, kita cenderung untuk berfikir tentang apa yang negara-negara sedang
lakukan bersama.
“Tetapi kerangka keselamatan domestik kita merupakan
bahagian penting secara keseluruhannya,” katanya dalam ucapan semasa merasmikan
Forum Putrajaya 2018 yang diadakan bersempena Pameran Perkhidmatan Pertahanan
Asia (DSA) dan Pameran Keselamatan Kebangsaan (Natsec) Asia 2018 di sini, hari
ini.
Berucap di hadapan lebih 1,000 perwakilan tempatan dan
antarabangsa pada forum itu, Najib berkata di Malaysia, kerajaan telah
meluluskan beberapa undang-undang termasuk Akta Majlis Keselamatan Negara, Akta
Pencegahan Keganasan dan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas)
untuk memastikan warganegaranya dilindungi dan pasukan keselamatan dapat
menjalankan tugas mereka dengan bebas. -BERNAMA


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel