Connect with us

Berita Lain

Ketua Pembangkang Bertaraf Menteri



SHAH ALAM – Pakatan Harapan (Harapan) akan memastikan ketua
pembangkang yang dilantik bertaraf menteri sekiranya menang dalam PRU14.

Ketua Pemuda Bersatu, Syed Saddiq Abdul Rahman berkata, perkara
itu ada digagaskan dalam Manifesto Harapan yang dilancarkan baru-baru ini.
“Ketua pembangkang pada masa depan, insya-ALLAH YB Khary
Jamaluddin kalau jadi ketua pembangkang, jawatannya setaraf dengan menteri
persekutuan.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Maksudnya kita pastikan beliau bertanggungjawab, diiktiraf
dan diberi pelbagai ruang dan peluang serta isu-isu yang nak diketengahkannya
akan didengari oleh kerajaan dan rakyat,” katanya dalam siri debat Sinar Harian
berjudul ‘Apa Pilihan Anak Muda: BN atau Pakatan Harapan?’, hari ini, yang
turut menampilkan Exco Pemuda Umno, Rahman Hussin.
Menurut Syed Saddiq, kedua-dua belah pihak sama ada Harapan
atau BN mempunyai perancangan tersendiri dalam manifesto masing-masing untuk
menyelesaikan pelbagai isu.
Bagaimanapun, katanya, penting untuk rakyat menilai mana
yang baik dan buruk melalui sistem semak dan imbang yang adil.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement
“Tetapi hanya dalam kerajaan Harapan perkara itu boleh
diasaskan. Saya nak tanya Rahman, adakah BN akan lakukan perkara sama? Pertama,
kita hadkan tempoh pemerintahan perdana menteri.
“Kedua, lantikan pegawai tertinggi kerajaan bukan lagi di
bawah perdana menteri tetapi di bawah parlimen. Maknanya pembangkang boleh
mainkan peranan bagi memastikan mereka yang dilantik tak boleh dibuang sesuka
hati,” katanya.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel