Connect with us

Berita Lain

KFC & myBurgerLab Pun Sindir Rendang Ayam ‘Crispy’


KOMEN juri rancangan masakan realiti televisyen MasterChef UK yang mengharapkan rendang ayam dengan ‘crispy skin’ (kulit rangup) nyata mendapat perhatian netizen di seluruh dunia.

Ia bermula apabila seorang peserta kelahiran Malaysia disingkirkan daripada program realiti itu gara-gara nasi lemak bersama rendang ayamnya menerima kritikan teruk oleh juri Greg Wallace dan John Torode.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Komen-komen tidak munasabah itu bagaimanapun telah dibidas teruk netizen dari Malaysia, Indonesia, Brunei dan Singapura yang mana rendang memang menjadi makanan ruji mereka.
Kini, tiba gilinan restoran makanan segera popular pula menggunakan kesempatan itu untuk menyindir dan dalam masa sama mempromosikan produk makanan terbaharu mereka.
Antaranya KFC Malaysia menerusi Facebooknya memuat naik sekeping gambar tertera ‘bukan rendang’ merujuk kepada ayam gorengnya yang rangup tidak harus dikelirukan dengan rendang.
“Satu-satunya makanan yang sepatutnya rangup adalah ayam goreng kami. Tahniah Masterchef Zaleha!” menurut kapsyen dimuat naik bersama gambar itu.

Tidak ketinggalan myBurgerlab yang turut menyindir komen juri Masterchef itu dengan memuat naik gambar burger ayam yang ranggup menerusi pautan terbaharu perkongsian mereka di laman Facebook.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

“Hey @JohnTorode1, kami menyediakan menu ayam rendang yang tiada kandungan nasi dan 100 peratus menggunakan ‘sos’ rendang, jadi layakkah kami menyertai Masterchef sekarang? 😇🙏🏻 ,” tulis myBurgerlab dengan nada kapsyen nakalnya. 


Apa yang nyata, ayam rendang Zaleha berjaya ‘satukan’ Malaysia apabila ia mendapat sokongan bukan hanya rakyat Malaysia, malah ahli-ahli politik dari kerajaan mahupun pembangkang. 

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel