Connect with us

Berita Lain

Lari dari rumah selepas merajuk dengan emak



PETALING JAYA: “Kami bimbang akan keselamatan kamu, pulanglah ke rumah Fifi,” rayu Rizal Muny Riz, 37, bapa kepada Nurfitri, 13, apabila anak kedua daripada lima beradik itu hilang sejak Sabtu lalu.


Rizal berkata, Nurfitri yang mesra dipanggil Fifi itu menghilangkan diri selepas keluar bersama-sama rakan sekolahnya yang dikenali sebagai Liana, kira-kira jam 11 pagi.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();



Lebih memburukkan lagi keadaan, ibu bapa kepada Liana juga memaklumkan kepada Rizal bahawa anak perempuan mereka juga tidak pulang ke rumah selepas keluar untuk berjumpa dengan Fifi.


“Sebelum meninggalkan rumah, berlaku perselisihan faham antara Fifi dan ibunya kerana isteri saya menghalangnya daripada keluar sebelum dia berkurung di dalam bilik beberapa minit.


“Kemudian rakannya memanggil Fifi sebelum dia keluar dengan tergesa-gesa tanpa membawa sebarang pakaian, wang tunai dan kad pengenalan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.


Rizal berkata, sebaik pulang daripada tempat kerja, dia mendapat tahu mengenai kejadian itu dan beranggapan Nurfitri akan pulang pada sebelah petang.


“Namun, sehingga malam, Fifi tidak juga pulang. Saya fikir dia masih merajuk dengan ibunya dan bermalam di rumah Liana. Saya bercadang mahu ke rumah keluarga Liana pada hari Ahad untuk memujuknya pulang.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});



“Bagaimanapun, keesokan harinya (Ahad), ibu bapa Liana berkunjung ke rumah kami dan mendakwa anak perempuan mereka juga tidak pulang ke rumah. Saya terkejut mendengar berita itu dan mula bimbang akan keselamatan Fifi.


“Kami kemudiannya terus membuat laporan polis berhubung kehilangan mereka,” katanya yang tinggal di Seksyen 8, Kota Damansara, di sini.


Menurutnya, lebih membimbangkan apabila dia membuat pemeriksaan di sekolah tempat anaknya belajar mendapati Nurfitri dan Liana tidak ke sekolah sejak Isnin lalu.


“Isteri saya tidak berhenti menangis kerana bimbangkan keselamatan dia selepas tidak pulang beberapa hari. Pulanglah Fifi, ayah dan ibu bimbang.


“Sudah pelbagai cara gunakan untuk mencari Fifi termasuk menggunakan kemudahan laman sosial,” katanya. 

Advertisement

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel