Connect with us

Berita Lain

Lelaki Singapura Ini Belanja Makan 8 Dolar Saja Setahun!



BAYANGKAN jika anda hanya perlu membelanjakan RM24 sahaja untuk membeli makanan dalam tempoh setahun, berapa banyak wang yang boleh anda simpan pada setiap bulan?
Dengan gaji purata pekerja di ibu kota hari ini berjumlah RM2,000 sebulan, peruntukan 1/1000 daripada amaun itu untuk makanan dalam masa 12 bulan bukan sahaja menakjubkan, malah seperti tidak masuk akal!

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Namun, seorang lelaki dari Singapura, Daniel Tay, 38, berjaya membuktikan bahawa ia memang tidak mustahil untuk dilakukan.
Dia jalani kehidupan berlandaskan falsafah ‘freeganisme’ iaitu konsep kelangsungan hidup cuma ‘bergantung’ kepada material yang didapati secara percuma tanpa kira daripada mana sumbernya – biarpun dari tong sampah!



Dakwa Daniel, dia tidak belanja hampir satu sen pun wang terhadap pelbagai barangan. Jika orang lain meninjau-ninjau tingkap kedai sebelum beli, dia pula ‘meninjau’ tong sampah untuk cari barangan terpakai.
Hasil ‘memunggah’ itu, bekas perancang kewangan ini berjaya mendapat pelbagai barangan yang masih dalam keadaan baik seperti sistem bunyi, tas tangan Louis Vuitton, makanan dan perkakas memasak.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement
Kata Daniel, menerusi cara ini, dia bukan sahaja dapat menjimatkan wang perbelanjaan, tetapi dapat membantu jiran tetangganya dengan memberi mereka barangan terpakai yang dijumpai.
Menurut Agensi Alam Sekitar Kebangsaan Singapura, sebanyak 791,000 tan makanan telah terbuang pada tahun 2016 dan hanya 14 peratus daripadanya yang berjaya dikitar semula.
Oleh itu, Daniel merasakan ia merupakan ‘tanggungjawab’nya untuk mengurangkan pembaziran makanan dan mendermakan makanan terbuang yang masih baik itu kepada mereka yang lebih memerlukan.

Daniel, yang masih mempunyai pendapatan sebagai perancang kewangan untuk beberapa orang kliennya, berjaya membelanjakan hanya SGD$8 (RM23.69) sepanjang tahun lalu!
Katanya, hasil pendapatan isteri dan dirinya, mereka dapat membayar komitmen lain seperti bil dan utiliti, namun mengeluarkan pembelanjaan paling minimum untuk makanan.
Mereka mendapat sumber makanan daripada tong sampah pasar raya berdekatan rumah mereka dan mengutip semua sayur-mayur dan makanan mentah lain yang dibuang kerana telah lama dan sedikit tercela.

Daniel bercadang untuk mengembangkan falsafah gaya hidup freegan ini bukan sahaja di Singapura, malah di seluruh dunia khususnya negara maju seperti republik itu kerana baginya, ia lebih ‘selamat’ dilakukan.
“Saya boleh hidup begini kerana saya tinggal di Singapura, di mana ‘sampah’ mungkin barangan yang masih dalam keadaan baik namun dibazirkan oleh penggunanya. Jika di negara lain, mungkin sampahnya memang betul-betul ‘sampah’,” katanya. 

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel