Connect with us

Berita Lain

Lewat Pergi Sekolah Sebab Dating Dalam Kereta, Ibu Bapa Tolonglah Pantau…



Remaja pada zaman sekarang sering terdedah dengan pelbagai gejala sosial yang membimbangkan.  Lebih memburukkan pengaruh dari rakan sebaya. Tidak hairanlah, jika di usia muda mereka tidak segan silu berpeleseran dengan lelaki. 


Perkongsian oleh  Peter Vladimir yang tular di laman facebook ini diharap dapat membuka mata masyarakat di luar sana betapa anak-anak kita sudah terdedah dengan gejala kerosakan akhlak yang teruk. Manakan tidak, menurut cikgu ini, pelajarnya datang lewat ke sekolah kerana dating dulu dalam kereta bersama lelaki di luar pagar sekolah. 

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();



Jom kita ikuti perkongsian Cikgu Peter seperti di bawah ini. Moga jadi pengajaran untuk ibu bapa di luar sana dalam memantau aktivti anak-anak mereka. Janganlah meletakkan kepercayaan sepenuhnya kerana kita tidak tahu apa yang terjadi sebaliknya. 


Pagi tadi lepas waktu PJ, aku keluar sekejap untuk serap oksigen. Aku nampak ada pekerja DBKL duk blow daun-daun luruh pakai blower di sepanjang pinggir jalan. 


Tahu kan blow daun tu? Bukan blow lain ni. Dia panggil aku. Aku ingat dia nak mintak rokok sebab minggu lepas aku ada bagi dia sebatang. Aku pun pergilah ke arah dia. 


“Cikgu, cikgu. Saya nampak ada pelajar perempuan dengan lelaki dalam kereta sana. Dua orang.” 


Nasib baiklah hari ini aku pakai baju sukan. Maka aku pun berlari ke arah lokasi yang pekerja DBKL tu cakap. Kereta takde dah. Dah lari. Tapi aku sempat ambik gambar nombor plat. Ada budak aku aje dua orang.


Aku buat-buat tak tahu dulu. Aku tanya, 


“Apahal lewat ni?” 


“Bangun lewat.” 


“Datang dengan apa?” 


“Naik grab.” 


“Masuk dalam, tulis nama kat pondok jaga.” 


Aku pun terus call bapak dua orang tu sebab aku ada nombor talipon semua parents kelas aku. 


“Hallooooo. Ini cikgu Zailee. Saya mau tanya tadi anak encik datang sekolah pukul berapa?” 


“Pukul 645.” 


“Anak encik sudah tipu encik. Dia baru sampai sekolah. Encik datang ke sekolah sekarang.” 


Aku pun berjalan ke bilik disiplin bersama hati yang menyebalkan dan 1001 soalan. Dipendekkan cerita, sempena Hari Wanita Sedunia ni, aku dah hantar dua lelaki berusia 21 tahun ke balai polis sebab cabul bawah umur. Bagi izin ke, takdak izin ke, kalau bawah umur, takde kompromi. Itu undang-undang kita. 


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});



Budak perempuan dua orang tu pulak aku tak tahulah macam mana dekat rumah nanti. Tadi pun dah hempas pulas pegang badan bapak deme tahan tak bagi tampar anak. 


Apa pun, pengajaran dari cerita ini ialah bersahabatlah dengan orang yang kerja tukang sapu, tukang blow daun, atau tukang cleaner. Jangan sombong dengan mereka sebab mereka akan beritahu kita banyak benda. 


Lagi satu, jagalah anak perempuan tu baik-baik. Biarlah mereka mahalkan diri mereka. Sekarang ini banyak sangat berlaku benda macam tu. Kes beromen ni aku paling malas nak handle sebab kena tanya benda-benda yang memalukan.

Advertisement

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel