Connect with us

Berita Lain

Lupa Beza Sunnah Dan Sunat Bukti Mahathir Terlalu Tua


KUALA LUMPUR – Kegagalan Tun Dr. Mahathir Mohamad membezakan
antara sunat (sebagai salah satu daripada hukum syarak taklifi yang lima)
dengan sunnah yang menjadi sumber syariat paling utama selepas al-Qur’an
membuktikan Pengerusi Pakatan Harapan itu telah terlalu tua untuk kembali jadi
Perdana Menteri.

Pengarah Pusat Kajian Politik Malaysia (Mapan) Universiti
Utara Malaysia (UUM), Dr. Kamarul Zaman Yusoff berkata, beliau pernah dikritik
kerana memberi fakta seperti itu tentang Mahathir sebelum ini, tetapi kenyataan
terbaru Mahathir mengenai Islam kelmarin membuktiikan hujahnya dalam wacana
anjuran Sinar Harian baru-baru ini adalah benar.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Kenyataan saya bahawa Mahathir terlalu tua untuk kembali
menjadi Perdana Menteri sangat berasas.
“Kalau tidak mana mungkin Datuk Dr Mohd Asri yang diketahui
umum mempunyai hubungan yang rapat dengan beliau boleh mendedahkan bagaimana
Mahathir sudah lupa penjelasannya di London mengenai perbezaan antara sunat dan
sunnah,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook hari ini.
Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin semalam
menjelaskan bahawa dakwaan Mahathir kononnya tidak berdosa untuk umat Islam
tidak mengamalkan sunnah nabi adalah silap.
Mohd. Asri malah berkata, beliau sendiri pernah menjelaskan
perkara itu kepada Mahathir di London sebelum ini dan menganggap mungkin
Mahathir telah terlupa mengenainya hingga menulis semula pandangannya yang
silap tentang sunnah.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement
“Dulu dia dah tanya saya secara peribadi. Saya telah
jelaskan maksud ini kepada dia di London. Tapi saya ingat dia terlupa
barangkali, dia tulis balik. Bila dia tulis balik, saya rasa nak kena
perbetul,” kata Mohd. Asri.
Kamarul bagaimanapun mempersoalkan mengapa Mohd. Asri kurang
berani mengulas semua aspek yang tidak betul dalam penulisan terbaru Mahathir
mengenai Islam tersebut dan hanya terhad kepada satu aspek sahaja.



Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel