Connect with us

Berita Lain

Mahathir: Kalau Jahil Tanya Ulama, Jangan Ulas Hukum Tanpa Ilmu


KUALA LUMPUR: Jika jahil ilmu agama, lebih baik Tun Dr.
Mahathir Mohamad bertanya alim ulama dan bukannya memberikan ulasan secara
semberono, tegur Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad.
Jelas Mohamad Shukri, itu lebih baik daripada akhirnya
dilihat memberikan pandangan bertentangan Islam seperti mana dalam catatan di
blog Dr. Mahathir kelmarin berhubung tafsiran mengenai maksud sunnah.
Katanya, Dr. Mahathir perlu mengakui yang beliau tidak arif
dalam soal hukum dan teguran ini perlu diterima dengan hati yang terbuka bagi
mengelakkan kredibiliti beliau sebagai tokoh Pakatan Harapan diketuai DAP
terjejas.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Merujuk kepada catatan di blog chedet.cc itu, kata Shukri,
perbuatan atau kenyataan yang menolak sunnah ber-makna individu berkenaan
menolak ajaran Islam yang sebenar kerana sunnah merupakan sumber hukum yang
wajib dipercayai oleh seluruh umat Islam.
“Kalau hendak berselisih mengenai isu-isu ranting dalam ilmu
fikah seperti cara-cara mengambil wuduk, tidak men-jadi masalah kerana ia turut
berlaku dalam kalangan empat imam mazhab Islam.
“Namun kedudukan sunnah sebagai sumber hukum tidak boleh
dipertikaikan, jangan keliru dalam bab ini,” katanya ketika dihubungi Utusan
Malaysia di sini hari ini.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement
Beliau diminta mengulas mengenai catatan Pengerusi PPBM
dalam blognya, chedet.cc kelmarin mengenai hadis Nabi Muhammad SAW bahawa
mengamalkan sunnah adalah baik dan mendapat pahala manakala tidak
menga-malkannya tidak berdosa.
Dalam perkembangan sama, Mohamad Shukri berkata, al-Quran
dan sunnah merupakan sumber hukum utama kepada orang Islam manakala ijmak dan
qias sumber hukum yang menggabungkan antara al-Quran dan sunnah.
“Jadi, al-Quran dan sunnah ini adalah sumber hukum utama
yang wajib dipercayai oleh orang Islam untuk menunaikan kewajipan yang
diperintahkan Allah,” katanya.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel