Connect with us

Berita Lain

Mahathir Kesal Calon HARAPAN Silap Di DUN Rantau


Pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) Tun Dr Mahathir Mohamad
mengakui kesilapan calon telah memberikan kemenangan percuma kepada Datuk Seri
Mohamad Hasan di DUN Rantau.
“Semuanya berjalan dengan baik tetapi saya kesal Mohd
Hassan menang tanpa bertanding sebab kesilapan yang dilakukan calon kami,”
katanya ketika ditemui pemberita di Langkawi, hari ini.
Beliau mengulas kegagalan calon PKR S Streram membawa pas
calon yang menyebabkannya tidak dibenarkan memasuki pusat penamaan calon untuk
mengemukakan kertas pencalonan.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Malah kedua-dua penyokong dan pencadangnya juga dilarang
masuk kerana tiada pas perakuan daripada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Pegawai Pengurus Pilihan Raya Amino Agos Suyub kemudian
mengisyiharkan Mohd Hassan yang juga menteri besar sementara Negeri Sembilan
menang tanpa bertanding.
Bagaimanapun bekas perdana menteri itu berkata tiada sebab
untuk SPR membatalkan kertas pencalonan Tian Chua di kerusi Parlimen Batu.
“Saya dengar Tian Chua hilang kelayakan walaupun tiada
sebab mengapa beliau tidak layak,” katanya.

Pegawai pengurus pilihan raya Anwar Mohd Zain menolak
pencalonan Tian Chua berdasarkan keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 2 Mac
lalu yang mengekalkan sabitan bersalah terhadapnya atas tuduhan menghina
kehormatan seorang anggota polis, walaupun mengurangkan hukuman denda kepada
RM2,000.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement
Namun ia bertentangan dengan pegawai pengurus pilihan raya
pada PRU 2013 yang membenarkan Tian Chua bertanding walaupun ketika itu beliau
disabitkan bersalah untuk satu kes mahkamah lain dan juga dikenakan denda
RM2,000.
Artikel 48(1) Perlembagaan Persekutuan menyatakan seseorang
hilang kelayakan sebagai anggota parlimen atau untuk bertanding jika dijatuhkan
hukuman penjara tidak kurang setahun atau denda tidak kurang RM2,000.
Tian Chua yang menjadi anggota parlimen Batu sejak 2008
dijangka membuat laporan polis terhadap SPR berhubung perkara itu hari ini.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel