Connect with us

Berita Lain

Mahathir Takut Kalah Di Kubang Pasu


JITRA – Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir
Mohamad didakwa takut kalah sekiranya bertanding di Parlimen Kubang Pasu yang
pernah menjadi kubu kuat beliau selama 22 tahun, sebaliknya memilih kawasan
‘selamat’ iaitu Langkawi.
Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Bashah Md
Hanipah berkata, sepatutnya Mahathir kembali bertanding di kawasan yang pernah
menjulang namanya sehingga menjadi Perdana Menteri selama enam penggal
(1981-2003).
Sehubungan itu, Ahmad Bashah yang juga
Pengerusi BN Kedah menggesa Mahathir perjelaskan sebab beliau menolak Kubang Pasu.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();


“Rakyat juga tertanya-tanya, 22 tahun dia mewakili kerusi
Kubang Pasu ketika bersama Umno, sekarang kenapa pilih Langkawi? Ini
menunjukkan beliau tidak percaya dan tidak yakin lagi kepada pengundi di
kawasan itu,” katanya, selepas merasmikan program Muafakat Mesra Rakyat bersama
Menteri Besar di Taman Bersatu, Kemunting, Jitra.
Menurutnya, walaupun Mahathir merupakan bekas Ahli Parlimen
Kubang Pasu namun beliau menolak kawasan itu kerana perubahan sokongan
terhadapnya yang tidak lagi memihak kepada beliau.
“Beliau tak yakin boleh menang di Kubang Pasu dan cari
tempat baru. Terpulanglah kepada penduduk Langkawi untuk undi calon mana,”
katanya.
Mengulas persediaan BN Kedah berdepan calon giant killer
pembangkang seperti Mahathir, katanya, parti itu sentiasa bersedia berdepan
dengan mana-mana calon giant killer.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

“Yang mana mahu bertanding dengan kita, mereka semua adalah
calon giant, bukan tikus. Kita ambil serius dan andaikan mereka calon besar dan
buat persediaan secukupnya,” katanya.
Ditanya sama ada penyandang Parlimen Langkawi, Datuk Nawawi
Ahmad dikekalkan sebagai calon untuk mempertahankan kerusi itu daripada
dirampas Mahathir, katanya, semua pihak diminta menunggu pengumuman rasmi.
Ahmad Bashah turut mengumumkan BN Kedah akan melancarkan
manifesto PRU14 minggu depan, sebelum hari penamaan calon.

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel