Connect with us

Berita Lain

Mahkamah Batalkan Saman Anina Terhadap PM


PUTRAJAYA – Mahkamah Persekutuan hari ini membatalkan
permohonan bekas anggota Wanita UMNO Langkawi, Anina Saadudin untuk kebenaran
merayu dalam saman tort misfeasans dalam jawatan awam terhadap Perdana Menteri,
Datuk Seri Najib Razak berhubung 1Malaysia Development Bhd. (1MDB).

Ketua Hakim Negara, Tun Raus Sharif yang mengetuai panel
tiga hakim juga membenarkan permohonan peguam Anina, Irzan Iswad untuk
melepaskan diri daripada mewakilinya.
Irzan, yang menyebut perkara itu bagi pihak peguam Mohamed
Haniff Khatri Abdulla juga memberitahu mahkamah bahawa kertas sebab telah
dihantar kepada Anina pada 5 Mac tahun ini tetapi beliau tidak hadir di
mahkamah hari ini.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Irzan berkata beliau diberitahu bahawa Anina tidak membantah
terhadap permohonan untuk melepaskan diri daripada mewakilinya.
Hakim-hakim lain ialah hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk
Seri Balia Yusof Wahi dan Tan Sri Aziah Ali.
Bekas perdana menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad; bekas Naib
Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan dan Anina
menyaman Najib pada 23 Mac, 2016, menuduh beliau (Najib) telah melakukan
misfeasans dalam jawatan awam dan bertindak melanggar tugas fidusiarinya
berhubung pengurusan dana pelaburan sovereign 1MDB.
Pada 28 April tahun lepas, Mahkamah Tinggi membenarkan
permohonan Najib membatalkan saman itu, dengan memutuskan bahawa perdana
menteri bukan seorang pegawai awam tetapi anggota pentadbiran.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement
Pada 30 Ogos tahun lepas, Mahkamah Rayuan menolak rayuan
dikemukakan Dr. Mahathir, Khairuddin dan Anina, menyebabkan mereka memfail
permohonan bagi kebenaran untuk merayu di Mahkamah Persekutuan .
Pada 27 Februari, tahun ini, panel tiga hakim Mahkamah Persekutuan
diketuai Raus juga menolak permohonan Dr. Mahathir dan Khairuddin untuk
kebenaran membuat rayuan.
Raus menetapkan hari ini (16 April) bagi mendengar
permohonan peguam Anina untuk melepaskan diri daripada mewakili beliau. –
BERNAMA


Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel