Connect with us

Berita Lain

Manifesto BN Ada 14 Teras, 300 Inisiatif


PUTRAJAYA: Manifesto Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya
Umum Ke-14 (PRU-14) yang akan dilancarkan secara rasmi oleh Perdana Menteri,
Datuk Seri Najib Razak di Axiata Arena, Bukit Jalil, malam esok, adalah satu
manifesto yang menyentuh semua strata rakyat Malaysia melalui 14 teras dan 300
inisiatif digariskan.
Pengarah Komunikasi Strategik BN, Datuk Seri Abdul Rahman
Dahlan, berkata ia juga adalah manifesto yang komprehensif dan inklusif kerana
disediakan berdasarkan idea diperoleh melalui proses ‘engagement’ diadakan
dengan pihak berkepentingan termasuk parti komponen, pertubuhan bukan kerajaan
(NGO), persatuan serta orang ramai.
Beliau berkata, pihaknya banyak mengadakan sesi perahan idea
secara tertutup dan mengambil beberapa perkara penting sebelum dimasukkan dalam
14 teras utama manifesto kali ini yang bertemakan ‘Bersama BN Hebatkan
Negaraku’.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Malah, ada beberapa inisiatif dalam manifesto ini yang
tidak pernah disebut dalam mana-mana dokumen kerajaan khususnya yang berkaitan
dengan gaji dan pendidikan,” katanya kepada NSTP di sini, hari ini.
Bagaimanapun, Abdul Rahman yang juga Menteri di Jabatan
Perdana Menteri (JPM) berkata, manifesto berkenaan tidak boleh dibaca secara
berasingan, sebaliknya perlu dibaca bersama dokumen penting kerajaan yang lain
termasuk Rancangan Malaysia Ke-11 (RMKe-11), Bajet Tahunan Kerajaan, Program
Transformasi Nasional (NTP) dan Transformasi Nasional 2050 (TN50).
“Manifesto ini akan menyentuh semua lapisan masyarakat
termasuk pelajar, belia, warga emas, orang kurang upaya (OKU), veteran, wanita,
orang muda dan sebagainya.
“Tiada siapa terlepas termasuk rakyat Sabah dan Sarawak
akan mendapat nikmat secara terus daripada kerajaan,” katanya.
Beliau berkata, manifesto itu turut diterjemahkan kepada
enam bahasa iaitu Melayu, Inggeris, Tamil, Cina, Iban dan Kadasan-Dusun serta
dikeluarkan dalam lima versi iaitu buku, booklet, laman web, risalah dan mini
booklet.
“Kali ini kita akan lebih kepada format digital supaya
dapat kurangkan penggunaan kertas,” katanya.
Abdul Rahman berkata, antara inisiatif yang akan ditekankan
dalam manifesto itu adalah penentuan paras gaji pekerja sektor swasta supaya
lebih setimpal, pemberian kad diskaun perjalanan bagi pengangkutan awam tanpa
had selama sebulan kepada warga emas, OKU, pelajar serta belia bekerja.
Beliau berkata, inisiatif lain termasuk memperkasakan
ekosistem industri perumahan supaya rakyat bukan saja mampu memiliki rumah
berpatutan, malah hak mereka sebagai pemilik rumah turut dipelihara dengan
mewujudkan satu entiti tunggal untuk memantau isu perumahan termasuk pemantauan
pembinaan.
Katanya, inisiatif lain ialah memperkukuhkan dan
mempromosikan dialog kebersamaan dan persefahaman antara kaum di Malaysia dan
kali ini fokus khusus untuk bukan Islam.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

“Selain itu, inisiatif untuk meningkatkan dan
melonjakkan lagi tahap pendidikan rakyat di Sabah dan Sarawak serta
menyeragamkan harga barangan tertentu di Semenanjung Malaysia dengan Sabah dan
Sarawak.
“Inisiatif lain ialah mewujudkan mekanisme baharu untuk
rakyat menyuarakan pandangan dan kritikan mereka terhadap dasar kerajaan,”
katanya.
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>> 
FOR GRAFIK – 14 Teras Manifesto BN
1. Ekonomi Keperluan Rakyat
2. Kemampanan dan Kemakmuran Ekonomi Negara
3. Perumahan Keperluan Rakyat
4. Pemacuan Modal Insan dan Kecemerlangan Pendidikan
5. Keselamatan Rakyat Keutamaan Kami
6. Membahagia dan Menjayakan Wanita Negara
7. Generasi Muda Pewaris Masa Hadapan
8. Kesejahteraan Generasi Emas dan Warga Kelainan Upaya
9. Memperkukuhkan Pembinaan Negara Bangsa
10. Mengutamakan Kesejahteraan Sosial dan Kualiti Hidup
Rakyat
11. Membina Infra Rakyat dan Meningkatkan Kesalinghubungan
12. Memperkukuh Agenda Bumiputera dan Mempertahan Kesyumulan
Islam
13. Tabdir Urus Yang Baik dan Penyertaan Rakyat
14. Meraikan Perbezaan, Merapatkan Jurang
– BH Online

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel