Connect with us

Berita Lain

Manifesto BN Bukti Kewangan Negara Kukuh


BAGAN DATUK – Manifesto atau Aku Janji Barisan Nasional (BN)
yang dilancarkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak malam tadi
membuktikan rizab kewangan negara kukuh dan tidak bankrap, kata Datuk Seri Dr
Ahmad Zahid Hamidi.

Timbalan Perdana Menteri itu berkata ini kerana manifesto BN
untuk Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) itu telah dibuat secara kajian
terperinci termasuk mengambil kira kantung pendapatan negara khususnya di
Khazanah Nasional Berhad (Khazanah).
Malah jelasnya, aku janji BN setebal 262 muka surat dan
mengandungi 14 tema utama dengan 392 inisiatif itu meliputi semua lapisan
masyarakat itu adalah praktikal dan realistik untuk dilaksanakan dan bukannya
manifesto pembangkang diibaratkan seperti ‘turun dari langit’.
“Kita dapati ketika pembentangan belanjawan yang terdahulu,
andaian yang dibuat oleh kerajaan harga petrol adalah US$59 (RM228) setong.
Namun sekarang harga telah mencecah lebih sedikit (iaitu) US$69 (RM267) setong,
ertinya pendapatan negara akan bertambah.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Maka pendapatan inilah yang digunakan untuk melaksanakan
program-program yang dirancangkan. Di samping itu, kita lihat apabila sistem
percukaian daripada SST (Cukai Jualan dan Perkhidmatan) kepada GST (Cukai
Barangan dan Perkhidmatan), wang itu dikembalikan kepada rakyat,” katanya.
Ahmad Zahid yang merupakan Timbalan Pengerusi BN berkata
demikian pada sidang media selepas merasmikan program Tinjauan Mesra Sempena
Program Jualan Sentuhan Rakyat di perkarangan Wisma UMNO di Hutan Melintang di
sini hari ini.
Kata Ahmad Zahid yang juga Anggota Parlimen Bagan Datuk,
pelaksanaan GST itu memperlihatkan kerajaan tidak pernah bankrap kerana rizab
negara yang telah diumumkan oleh Bank Negara berada pada tahap tertinggi iaitu
lebih daripada US$108 bilion (RM418 bilion).
Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri menjelaskan
pengurusan kewangan negara dan juga seluruh sistem penyampaian dilaksanakan
oleh kerajaan BN adalah suatu yang mampan untuk dilaksanakan seperti manifesto
BN yang terdahulu.
Jelasnya lagi, projek pembangunan yang dirancang dan
dilakukan selama ini tidak dapat dilaksanakan jika pengurusan kewangan negara
tidak mengikut langkah yang betul.
“Mana mungkin rizab (negara) kita (boleh) meningkat kalau
negara kita bankrap, dan mana mungkin projek-projek dapat dilaksanakan jika
pengurusan negara tidak dijalankan dgn sepenuhnya,” katanya.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Dalam pada itu, Ahmad Zahid berkata kerajaan turut menunaikan
janji dengan memasukkan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) yang telah diabaikan
oleh pemimpin yang telah lama memerintah negara suatu ketika dahulu ke dalam
manifesto BN kali ini.
“Kita lihat contohnya MA63, Perdana Menteri menyebutkan
perjanjian tandatangan antara negeri-negeri di Malaysia memperlihatkan Sabah
dan Sarawak adalah komponen utama di dalam perjanjian berkenaan.
“Jadi dengan adanya manifesto ini kita harap beberapa
tindakan terlepas pandang oleh pemimpin-pemimpin terdahulu terutama pemimpin yang
agak lama memimpin negara tidak lagi dijadikan isu seperti isu Sabah untuk
Sabahan dan Sarawak untuk Sarawakian,” katanya.
Mengambil contoh inisiatif untuk wanita, Ahmad Zahid juga
berkata Manifesto BN PRU-14 kali ini juga merupakan satu pengiktirafan kepada
golongan wanita di negara ini dan komitmen kerajaan untuk terus memperkasa
mereka. – BERNAMA

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel