Connect with us

Berita Lain

Manifesto BN Untuk Rakyat, Pakatan Harapan Untuk Kuasa


KUALA LUMPUR: Manifesto Barisan Nasional (BN) yang
dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak Sabtu lalu terbukti
bersifat inklusif dan menyentuh semua golongan di setiap negeri berbanding jani
lawan yang hanya satu manifesto bagi meraih undi.
Bekas Setiausaha Kerja PPBM, Kamarul Azman Habibur Rahman
berkata, sifat inklusif yang terserlah dalam manifesto kali ini membuktikan ia
bukan sekadar dokumen untuk menang pilihan raya, sebaliknya sebuah perancangan
jitu untuk memakmurkan kehidupan keseluruhan rakyat Malaysia.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Ini ternyata berbeza dengan manifesto Pakatan Harapan
diketuai DAP yang disediakan semata-mata untuk memenangi Pilihan Raya Umum
Ke-14 (PRU-14).
“Perbezaan jelas antara BN dengan Pakatan Harapan, di mana
BN merancang untuk rakyat manakala Pakatan Harapan merancang demi kuasa,”
katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Mengulas lanjut, Kamarul Azman menyimpulkan kelemahan
terbesar dalam manifesto Pakatan Harapan adalah pada sifat populis janji-janji
yang ditawarkan yang menyebabkan orang ramai sukar untuk mempercayai mereka.
Katanya, calon Perdana Menteri sementara pakatan tersebut,
Tun Dr. Mahathir Mohamad sendiri pernah berkata, begitu mudah untuk berjanji
ketika belum memegang kuasa.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

“Sebab itu mereka boleh berjanji bermacam-macam perkara
tanpa memikirkan kemampuan mereka untuk melunaskan janji-janji tersebut,”
ujarnya.
– UTUSAN ONLINE

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel