Connect with us

Berita Lain

Maut kerana saka



SUBANG JAYA: Seorang lelaki maut akibat kecederaan parah di bahagian abdomen akibat dibelasah sekumpulan pengamal perubatan tradisional, yang kononnya memberi rawatan membuang saka daripada badan mangsa.


Kematian mangsa dilaporkan kepada polis oleh pegawai perubatan yang merawatnya, selepas menemui kesan kecederaan serius serta bengkak pada badan mangsa.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();



Difahamkan, mangsa yang berusia 35 tahun dikatakan mengalami gangguan makhluk halus sejak lebih setahun lalu dan sudah beberapa kali menjalani rawatan tradisional dengan ramai pengamal.


Bagaimanapun, tindakannya berubat dengan tiga lelaki serta dua perempuan yang mengaku sebagai pengamal perubatan tradisional sejak empat hari lalu, bertukar tragedi apabila mangsa dipukul menyebabkan abdomennya pecah.


Pengamal perubatan terbabit menuntut mangsa ditumbuk, ditendang serta dipijak di bahagian badan yang dikatakan sebagai kaedah membuang saka di dalam badannya.


Seorang ahli keluarga mangsa yang enggan dikenali ketika ditemui di rumahnya di Taman Puchong Intan, petang tadi berkata, kaedah rawatan itu dijalankan di rumah mereka sejak Selasa lalu.


Katanya, sepanjang rawatan, mangsa tidak mengadu sakit, sebaliknya akur mengikuti kaedah rawatan yang dinyatakan.


Bagaimanapun, pada hari ketiga rawatan, mangsa tiba-tiba tidak sedarkan diri dan dikejarkan ke Hospital Serdang.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});



“Kami hanya mengetahui bahawa mangsa sudah meninggal dunia sebaik dimaklumkan oleh kakaknya yang membawa mangsa ke Jabatan Kecemasan Hospital Serdang, pagi semalam.


“Jenazah mangsa dibawa pulang ke Changkat Tin, Batu Gajah, Perak untuk dikebumikan,” katanya.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Mohammad Azlin Sadari, ketika dihubungi berkata, hasil bedah siasat mendapati mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian abdomen.


“Susulan bedah siasat itu, pegawai perubatan berkenaan membuat laporan polis berikutan wujudnya unsur kecederaan yang disengajakan, yang menjadi punca kematian,” katanya.


Mohammad Azlin berkata, hasil siasatan mendapati, mangsa ditumbuk, ditendang serta dipijak pada bahagian perut dan badan, kononnya bagi membuang saka oleh tiga lelaki serta dua perempuan yang memberi rawatan tradisional kepada mangsa.


“Bertindak atas laporan itu, polis menahan empat lelaki, termasuk abang ipar mangsa serta dua perempuan yang dipercayai terbabit dalam kejadian itu.


“Kes juga disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Semua suspek ditahan semalam dan direman selama tujuh hari bermula hari ini,” katanya.


-BHonline

Advertisement

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel