Connect with us

Berita Lain

Mayat OKU Lemas Ditemui Tersangkut Dalam Pembetung



DUNGUN – Mayat seorang remaja yang juga Orang Kurang Upaya (OKU) lembab pembelajaran ditemui tersangkut di dalam pembetung di sebatang parit, di kampung Alor Mak Bah, petang semalam.


Mangsa, Mohamad Luqman Aziz, 17 dipercayai tergelincir ketika menghabiskan masa bersama rakan-rakan di kawasan parit berkenaan sebelum tenggelam ditarik arus dan lemas.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();



Pegawai Kanan Bomba II, Balai Bomba dan Penyelamat Dungun, Mohd Zaiharis Sandar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 5.33 petang dan bergegas ke lokasi.


“Seramai 10 anggota dikejarkan ke tempat kejadian dan ketika sampai bomba mengenalpasti seorang mangsa lelaki dipercayai lemas.


“Mangsa telah ditemui oleh orang awam dalam keadaan sudah meninggal dunia.


“Mayat mangsa tersangkut di dalam pembetung dan parit tersebut berada dalam kedalaman kira-kira tiga meter,” katanya.


Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk urusan lanjut termasuk dihantar ke Hospital Dungun untuk tujuan bedah siasat.


Sementara itu, adik mangsa, Nur Hanis Aziz, 15 berkata, pemergian mangsa satu kehilangan besar kerana abangnya banyak menguruskan adik-adik sejak ibu mereka meninggal dunia dua tahun lalu.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});



“Tiada sebarang perkara pelik atau perubahan ditunjukkan kecuali dia ada menegur budak-budak yang ingin mandi pantai semalam.


“Dia marah mereka mandi pantai kerana dibimbangi lemas tetapi sekarang dia pula lemas.


“Saya hanya mengetahui kejadian ini kira-kira jam 5.45 petang apabila dimaklumkan oleh bapa saudara,” katanya.


-Sinar Harian

Advertisement

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel