Connect with us

Berita Lain

Mukhriz Sokong PKR Kenakan Denda RM10j


ALOR SETAR: Pengerusi pakatan pembangkang Kedah, Datuk Seri
Mukhriz Mahathir mempertahankan keputusan PKR untuk mengenakan denda RM10 juta
terhadap wakil rakyatnya yang keluar parti selepas menang kerusi pada Pilihan
Raya Umum Ke-14 (PRU-14).
Mengambil contoh baiah yang dilaksanakan PAS, Mukhriz
berkata, PKR juga mempunyai cara tersendiri bagi memastikan wakil rakyatnya
kekal dalam parti.
Mengulas lanjut beliau berkata, kaedah itu juga berupaya
menuntut calon pakatan pembangkang supaya terus ikhlas untuk berjuang bersama
parti.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Masing-masing ada kaedah sendiri, …dulu PAS ada
baiah jadi kita ada cara tersendiri, …tapi akhirnya ia bergantung pada hati
seseorang itu apa niat sebenarnya, ” katanya selepas Majlis Pengumuman
Calon Gabungan Pembangkang, di sini.
Beliau berkata demikian bagi mengulas tindakan dilaksanakan
PKR yang berhasrat mengenakan denda sebanyak RM10 juta terhadap mana-mana
wakilnya yang melompat parti jika memang pada PRU-14.
Naib Presiden PKR, Dr Xavier Jayakumar ketika mengesahkan
langkah itu, berkata kontrak terbabit dilaksanakan sebagai bayaran denda kepada
mana-mana ahli terpilih atas tiket parti itu yang keluar parti.
Sementara itu, Mukhriz yang juga penyandang kerusi Dewan
Undangan Negeri (DUN) Ayer Hitam, mendakwa dirinya tidak mempunyai tempoh yang
mencukupi untuk menyelesaikan pelan perancangan pembangunan negeri termasuk
menyelesaikan isu masalah bekalan air.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Ini kerana, beliau hanya sempat memegang jawatan Menteri
Besar Kedah selama kira-kira dua tahun menyebabkan banyak perancangan tidak
dapat dilaksanakan.
“Tak cukup masa untuk saya laksanakan dan lebih malang
apabila perancangan yang dilakukan ketika saya mentadbir Kedah tidak diteruskan
oleh Menteri Besar sekarang iaitu Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah,”
dakwanya lagi.

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel