Connect with us

Berita Lain

Najib Lancar 12 Projek Kementerian Kesihatan


BALIK PULAU – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak
hari ini melancarkan 12 projek Kementerian Kesihatan di Pulau Pinang yang
kesemuanya bernilai RM1.64 bilion.

Dua belas projek itu adalah pembinaan blok klinik pakar dan
wad bersalin Hospital Pulau Pinang (HPP), pembinaan blok wanita dan kanak-kanak
HPP, pembinaan kuarters HPP, menaik taraf HPP fasa II, menaik taraf perkhidmatan
transplan HPP termasuk pemindahan sum sum tulang jenis allogeneik dan pembinaan
Kolej Jururawat Kepala Batas di Bertam.
Projek lain adalah menaik taraf sistem pendingin hawa
berpusat di dewan bedah dan sistem elektrik Hospital Bukit Mertajam, pembinaan
Klinik Kesihatan Bandar Perda, menaik taraf Hospital Seberang Jaya, pembinaan
blok bertingkat Hospital Seberang Jaya, pembinaan Klinik Kesihatan (Jenis 3)
Air Putih di daerah Barat Daya dan menaik taraf Jabatan Kecemasan dan Pesakit
Luar Hospital Balik Pulau.
Najib berkata 12 projek itu adalah insiatif berterusan oleh
kerajaan Persekutuan dalam menjaga kebajikan dan kesejahteraan rakyat di negeri
itu.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Memang benar, kita bagi macam-macam untuk Pulau Pinang.
Dalam tempoh masa lima tahun ini, kita telah bagi RM4 bilion untuk Pulau
Pinang. Kita tak abaikan Pulau Pinang. Kita akan teruskan projek ini dan hari
ini kita lancarkan 12 projek,” katanya semasa berucap pada majlis Balik Pulau
Bersama Perdana Menteri di sini, hari ini.
Beliau berkata pelancaran projek-projek itu juga adalah
bukti Barisan Nasional (BN) menunaikan setiap janjinya dan memberi jaminan
untuk melaksanakan lebih banyak projek pembangunan di negeri ini sekiranya BN
berjaya menang di Pulau Pinang pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).
“Hari ini saya akan terus bangunkan Balik Pulau. Hat
besaq-besaq (projek yang lebih besar) ini tunggu kita menang dulu. Kalau hangpa
nak (projek) besar bagi (BN) menang dulu Pulau Pinang ini. Hangpa kena bagi
(BN) menang dulu,” katanya.
Najib berkata hanya BN yang mampu memberikan masa depan
lebih terjamin dan ia terbukti berdasarkan rekod cemerlang parti itu dalam
mentadbir dan membangunkan negara.
Beliau berkata BN akan menambah intipati dalam manifestonya
pada PRU14 dengan memasukkan pemansuhan bayaran tol untuk penunggang motosikal
di Jambatan Pulau Pinang sekiranya berjaya merampas semula negeri itu daripada
DAP.
Najib berkata BN adalah kerajaan yang bertanggungjawab dan
menjaga kesejahteraan rakyat dengan telah menunaikan 99.4 peratus daripada
janji-janji dalam manifestonya lima tahun lepas.
Najib berkata kerajaan DAP Pulau Pinang sebaliknya gagal
menunaikan 51 janji yang dibuat sepanjang tempoh 10 tahun memerintah negeri
itu.
“Apa gunanya cakap tapi tak ditunaikan. Cakap memang senang.
Tapi bila kita cakap, keluarkan sesuatu janji, BN tepati janji,” kata beliau.
Najib turut menyelar kerajaan negeri Pulau Pinang yang
didakwa meluluskan 39 projek lereng bukit sepanjang memerintah negeri itu
berbanding kerajaan BN sebelum ini yang hanya meluluskan empat projek lereng
bukit.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Beliau berkata rakyat perlu meletakkan harapan kepada BN
jika inginkan masa depan yang terjamin dan maju, dan bukannya kepada
pembangkang yang diketuai Tun Dr Mahathir Mohamad yang sering mengeluarkan
kenyataan berbeza dan tidak bertanggungjawab.
“Bolehkah kita nak harap pada orang umur 93 tahun. Hari ini
cakap lain, esok cakap lain…saya tengok dalam video baru-baru ini dia duduk di
tengah, sebelah kanan Mat (Mohamad) Sabu dan kiri (Datuk Seri Dr) Wan Azizah
Wan Ismail dan dia boleh cakap dia tak tangkap siapa pun,” kata beliau.
Najib berkata kenyataan Mahathir itu tidak betul kerana
realitinya bekas perdana menteri itu pernah menangkap Mat Sabu di bawah Akta
Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan suami Wan Azizah, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“(Dia) selamba kata saya tak tangkap sesiapa. Takkan sampai
begitu, bertanggungjawablah…jangan tipu,” katanya.
Pada majlis itu, Najib turut melancarkan 22 ambulans baharu
untuk fasiliti kesihatan di Pulau Pinang dan meluluskan RM10 juta untuk
pembinaan jejantas di Kampung Seronok, Bayan Lepas. – BERNAMA

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel