Connect with us

Berita Lain

Najib Terima Surat Penghargaan Masjid Al-Aqsa


PUTRAJAYA – Datuk Seri Najib Tun Razak menerima surat
penghargaan Masjid Al-Aqsa di atas sokongan kerajaan dan rakyat Malaysia
terhadap perjuangan membela rakyat Palestin dan membebaskan Masjid Al-Aqsa
daripada cengkaman rejim Zionis.
Surat berkenaan disampaikan oleh Imam Besar Masjid Al-Aqsa,
Sheikh Dr Ekrima Sa’eed Sabri kepada Perdana Menteri pada majlis sambutan Israk
Mikraj Peringkat Kebangsaan 1439 Hijrah/2018 di Masjid Tuanku Mizan Zainal
Abidin. di sini, malam ini.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Sheikh Dr Ekrima, yang juga bekas Mufti Palestin, dalam
ucapannya, berkata, pihaknya amat menghargai sokongan dan bantuan kerajaan dan
rakyat Malaysia terhadap perjuangan dalam membebaskan Masjid Al-Aqsa daripada
rejim Zionis.
“Ingatan rakyat dan kerajaan Malaysia kepada peristiwa Israk
Mikraj merupakan
lambang kecintaan kepada Palestin dan Masjid Al-Aqsa. Kisah
Israk Mikraj dirakamkan dalam al-Quran dan ini menunjukkan Al-Aqsa mempunyai
hubungan rapat dengan langit dan umat Islam.
“Bagimanapun, dalam kita mengingati peristiwa Israk Mikraj
hari ini, kita tidak harus lupa bahawa Al-Aqsa kini masih di bawah cengkaman
rejim Zionis,” katanya.
Sementara itu, Najib, dalam ucapannya, berkata beliau
mahukan sambutan ini menjadi acara tahunan di peringkat persekutuan dan negeri.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Penganjuran sambutan Israk dan Mikraj peringkat kebangsaan
merupakan bukti komitmen Malaysia dalam memperjuangkan Masjid Al-Aqsa sebagai
tempat ketiga paling suci bagi umat Islam, katanya.
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), dalam kenyataannya,
berkata, majlis ini merupakan kali pertama sambutan Israk Mikraj diadakan di
peringkat kebangsaan. – BERNAMA

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel