Connect with us

Berita Lain

PAS Sah Letak Calon Di Langkawi


BUKIT MERTAJAM: PAS hari ini mengesahkan akan meletakkan
calon di kerusi Parlimen Langkawi pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).
Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, berkata pihaknya
menerusi PAS dan Gagasan Sejahtera akan meletakkan calon lebih muda dan
bertenaga untuk melawan calon pakatan pembangkang, Tun Dr Mahathir Mohamad.
“Kita sebenarnya kasihan dengan Dr Mahathir. Beliau
sudah berumur, sepatutnya sebagai doktor perubatan, beliau boleh berkhidmat dan
berbuat kebajikan di Klinik 1Malaysia.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Tapi beliau mahu bertanding, jadi kita kena lawanlah.
Calon kita lebih bertenaga, tak kira daripada PAS atau Gagasan Sejahtera, kita
tetap ada calon untuk lawan,” katanya berucap pada Majlis Perasmian Titi
Jeti Juru di sini, hari ini.
Keputusan PAS bertanding di Parlimen Langkawi adalah kali
pertama dibuat parti Islam di kawasan tradisi UMNO berkenaan.
Semalam, Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail
mengumumkan Dr Mahathir akan menjadi calon mewakili blok pembangkang bagi
kerusi Parlimen Langkawi.
Kali terakhir Dr Mahathir bertanding pada pilihan raya ialah
pada PRU-10 tahun 1999.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Pada PRU-13, kerusi Parlimen Langkawi dimenangi calon
Barisan Nasional (BN), Datuk Nawawi Ahmad.
Beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Langkawi menewaskan
calon PKR, Ahmad Abdullah dan calon Bebas, Marina Hussein, dengan majoriti
11,861 undi.
– BH Online

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel