Connect with us

Berita Lain

Pembangkang Dengan Helah Lama Mereka – Salleh


KUALA LUMPUR  – Datuk
Seri Dr Salleh Said Keruak menyelar pembangkang kerana mendakwa penipuan akan
berlaku semasa pilihan raya umum ke-14 (PRU14).
Merujuk kepada pililhan raya umum 2013 (PRU13) , Menteri
Komunikasi dan Multimedia itu berkata pembangkang tahu mereka akan kalah dalam
pilihan raya itu, “jadi sebelum pilihan raya mereka ‘meramalkan’ mereka akan
kalah akibat penipuan dan selepas pilihan raya mereka membuat pelbagai dakwaan
tipu untuk menjelaskan mengapa mereka kalah”.
“Sekarang mereka lakukan sekali lagi,” katanya, sambil
menuding kepada bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang membuat
dakwaan itu dalam blognya hari ini.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Salleh, dalam blognya pula berkata jika gabungan pembangkang
tewas dalam PRU14, mereka boleh ‘menutup malu’ dengan menyalahkan akibat
perbuatan menipu.
Beliau mengambil perhataian bahawa sejurus sebelum PRU13,
pemimpin Pakatan Rakyat menjelajah ke seluruh negara menyatakan Barisan
Nasional akan menipu dalam pilihan raya.
“Selepas pilihan raya, mereka berkata lampu dipadamkan
akibat bekalan terputus di tempat tertentu ketika undi sedang dikira, kotak
undi tambahan dibawa masuk ke tempat tertentu, berpuluh ribu pengundi dibawa
masuk dari Bangladesh dan sebagainya,” kata beliau.
Salleh berkata dakwaan itu kemudian terbukti palsu.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

“Malahan Kedutaan Bangladesh menafikan yang berpuluh ribu
warganya diterbangkan ke Malaysia untuk mengundi, yang memerlukan lebih 100
buah pesawat sewa khas.
“Tempat-tempat yang mereka kata lampu dipadamkan mengesahkan
bahawa tempat itu tidak mengalami keputusan bekalan, selain pekerja pembangkang
di tempat-tempat yang mereka kata kotak tambahan dibawa masuk menafikan
kejadian itu,” kata Salleh.
— BERNAMA

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel