Connect with us

Berita Lain

Penduduk Lega Nizar Pindah


CHANGKAT JERING – Penduduk di sekitar Dun Changkat Jering
mengalu-alukan pemergian penyandang kawasan berkenaan, Datuk Seri Mohammad
Nizar Jamaluddin bertanding di kawasan lain pada PRU14 kali ini.
Seorang penduduk yang ditemui, Bakri Othman, 59, berkata,
penduduk sudah serik dapat wakil rakyat yang tidak mampu untuk membawa
pembangunan.
Katanya, sudah sampai masa masyarakat di kawasan Dun
Changkat Jering membuat pilihan tepat mengenai wakil rakyat mereka.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Eloklah dia (Mohammad Nizar) nak ke mana sekali pun kerana
dia ada atau tidak ada di kawasan, sama sahaja. Apa yang dia boleh buat pun..
Dengar jela kami kami mengadu tapi tak boleh selesai pun masalah.
“Jika rakyat ada masalah, mereka akan jumpa Ketua Umno
Bahagian Bukit Gantang sebab itu saja jalan penyelesaiannya,” katanya.
Katanya, dia cukup yakin dengan calon-calon yang
diketengahkan BN pada PRU14 kali ini kerana walaupun ada muka baharu, namun itu
bukan sebagai ukuran.
“Saya percaya rakyat memang mahukan perubahan dan inilah
peluang mereka untuk memastikan perkara tersebut jadi kenyataan,” katanya.
Bakri berkata, apabila di bawah pentadbiran pembangkang,
banyak perkara yang akan ketinggalan.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

“Ini disebabkan oleh tidak ada peruntukan diberikan
melainkan hanya atas usaha yang dilakukan oleh Ketua Umno Bahagian Bukit
Gantang. Banyak perkara menjadi terhad dan rakyat tidak dapat rasa apa yang
sepatutnya mereka dapat.
“Walaupun dalam keadaan sedemikian, namun kami sebagai rakyat
harus berterima kasih kepada Ketua Umno Bahagian Bukit Gantang yang selama ini
tidak putus-putus berusaha membantu rakyat,” katanya.
INFOGRAFIK
N.14 CHANGKAT JERING
Daerah Mengundi:
1. Larut Tin
2. Kawasan J.K.R
3. Jalan Simpang
4. Simpang Lama
5. Ayer Kuning
6. Changkat Jering
7. Jelutong
8. Bukit Gantang
9. Kampong Cheh



– Sinar Harian

Advertisement

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel