Connect with us

Berita Lain

Penjawat Awam Perlu Letak Jawatan Jika Jadi Calon PRU14


IPOH — Penjawat awam yang dicalonkan untuk bertanding pada
Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) oleh mana-mana parti politik perlu meletakkan
jawatan sepertimana termaktub dalam garis panduan yang ditetapkan Jabatan
Perkhidmatan Awam.
Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Zainal Rahim Seman
berkata ini merupakan satu prosedur biasa dan terserah kepada penjawat awam
berkenaan untuk menilai selain membuat keputusan muktamad berhubung perkara
tersebut.
“Jika dipilih untuk bertanding, bertandinglah tetapi kalau
masih dalam perkhidmatan kena letak jawatan yang dipegang seperti mana prosedur
biasa.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Sokong atau tidak itu perkara yang membabitkan peribadi
individu. Dia rasa nak jadi anggota pentadbiran mewakili sesebuah parti
politik, itu terserah kepada pendirian masing-masing,” katanya pada sidang
media selepas menghadiri Wacana Transformasi Nasional 2050 (TN50) di Bangunan
Perak Darul Ridzuan, di sini Isnin.
Terdahulu, wacana yang dihadiri lebih 700 penjawat awam
seluruh Perak itu menampilkan Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir dan
Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS),
Datuk Azih Muda selaku tetamu khas.
Zainal Rahim berkata, pihaknya berharap penjawat awam yang
terpilih menjadi calon nanti akan berusaha bersungguh-sungguh selain
menampilkan perkhidmatan dan kualiti terbaik untuk kesejahteraan rakyat.
“Penjawat awam adalah aset negara dan mereka mesti ada
kualiti tertentu. Kalau dia sahaja yang minat, tapi orang lain tak minat
(sokong) susah juga,” katanya.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Sementara itu, Azih berkata, pihaknya menyokong mana-mana
penjawat awam diangkat untuk menjadi calon pada PRU14.
Katanya, ia bukan satu kekangan malah penjawat awam dilihat
sebagai antara individu yang berkebolehan untuk menjadi tonggak negara
khususnya selaku wakil rakyat dan penggubal undang-undang.
“Tahniah saya ucapkan kepada mereka dan saya fikir mereka
yang akan dipilih nanti akan berusaha bersungguh-sungguh untuk membawa negara
dan rakyat ke tahap yang lebih baik,” katanya.
— BERNAMA

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel