Connect with us

Berita Lain

Penyeludup Ketum Pilih Negeri Pantai Timur Sebagai Lokasi Transit



BUKIT KAYU HITAM – Taktik penyeludup mengubah modus operandi untuk menyeludup daun ketum ke negara jiran dengan menggunakan negeri di Pantai Timur sebagai lokasi transit, gagal apabila Agensi Kawalan Sempadan (AKSEM) Kedah merampas 760 kilogram daun ketum bernilai hampir RM40,000 di Sik semalam.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();



Komander AKSEM Kedah Abdul Latif Abd Rahman berkata, sumber risikan mendapati sindiket terbabit berkemungkinan tahu bahawa ketika ini agak sukar untuk mereka melakukan aktiviti penyeludupan melalui sempadan utara tanah air.


“Sebab itu mereka menjadikan negeri-negeri di Pantai Timur sebagai lokasi transit sebelum menyeludup ke negara jiran, kerana di sini (utara Semenanjung) laluan agak sukar, kalau di sana (Pantai Timur) peluang tinggi sebab ada laluan lain seperti sungai,” katanya.


Bercakap kepada pemberita di pejabat AKSEM di sini, Abdul Latif berkata dalam serbuan pada pukul 10.15 malam itu, anggotanya menemui 750 kilogram daun ketum yang disorok di bawah sebuah bangsal manakala selebihnya di dalam kenderaan jenis Nissan Vanette.


Kesemua daun ketum terbabit dibungkus berasingan di dalam satu plastik putih yang setiap satunya berisi 100 helai daun ketum.


“Harganya mampu mencecah RM100 sekilogram di negara jiran,” katanya.


Selain ‘beroperasi’ pada waktu malam, penanaman pokok ketum juga dilakukan secara tersorok di dalam kawasan ladang getah yang jauh dari kediaman penduduk bagi mengaburi mata pihak berkuasa.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});



Bagaimanapun, Abdul Latif berkata tiada tangkapan dibuat kerana pelaku mungkin sudah tahu kehadiran pihak berkuasa serta percaya aktiviti haram terbabit dilakukan oleh pihak ketiga dan bukannya pemilik kebun terbabit.


Kesemua barang rampasan diserahkan kepada Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Sik untuk tindakan lanjut.


— BERNAMA

Advertisement

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel