Connect with us

Berita Lain

PKR Kedah Tanding Enam Kerusi Parlimen, 10 DUN

PKR akan bertanding di enam kerusi Parlimen dan 10 kerusi
Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) 9 Mei
ini.
Daripada pengumuman gabungan pembangkang PKR itu di sini
malam tadi memperlihatkan dua bekas Ahli Parlimennya iaitu, penyandang Parlimen
Alor Setar, Gooi Hsiao Leung dan penyandang Parlimen Padang Serai, N. Surendran
digugurkan daripada senarai calon.
Penyandang DUN Indera Kayangan, Chan Ming Kai dipilih
menjadi calon Parlimen Alor Setar manakala Ketua Cabang PKR Padang Serai, M.
Karupaiyyah di kerusi Parlimen Padang Serai.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Sementara bagi kerusi DUN pula, penyandang kerusi Bukit
Selambau, Dr. R. Krishnamoorthy turut digugurkan dan digantikan dengan Dr. R.
Summugam.
Pengumuman senarai calon itu dibuat Ketua Sekretariat
Pakatan Harapan, Kedah Dr. Abd Rahman Ahmad pada majlis memperkenalkan semua
calon pakatan itu di sini, malam tadi.
Turut hadir Pengerusinya yang juga bekas Timbalan Presiden
PPBM, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir.
Selain Mukhriz dan Datuk Amiruddin Hamzah, Penasihat Majlis
Pimpinan Negeri (MPN) Kedah, Datuk Johari Abdul juga diumum bertanding di dua
kerusi iaitu Parlimen (Sungai Petani) dan DUN (Gurun).


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement
Selain PKR yang diperuntukkan sebanyak 10 kerusi DUN dan
enam Parlimen, parti sekutu mereka, PAN turut bertanding di 10 kerusi DUN dan
tiga Parlimen.
DAP bertanding di dua kerusi DUN manakala ahli bongsu
gabungan pakatan pembangkang PKR itu, PPBM pula mendominasi paling banyak
kerusi DUN iaitu sebanyak 14 dan enam Parlimen.
PKR menjadi parti terakhir gabungan diketuai DAP itu di
Kedah yang mengumumkan senarai calon mereka yang dimuktamadkan petang semalam.
– UTUSAN ONLINE

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel