Connect with us

Berita Lain

PM Akan Beri Keterangan Kes Saman Terhadap Pua


KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak
berkemungkinan memberikan keterangan di Mahkamah Tinggi pada hujung bulan ini,
dalam kes saman fitnah beliau terhadap Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony
Pua Kiam Wee.
Saman itu berhubung kenyataan Pua di ruang legar Bangunan
Parlimen, yang dirakam dan dimuat naik olehnya dalam laman Facebook atas nama
Tony Pua bertajuk ‘BN Govt abandons all Bills to give precedence to PAS RUU 355
Private Member’s Bill’.
Peguam Nor Hazira Abu Haiyan yang mewakili Najib ketika
ditemui pemberita selepas pengurusan kes, berkata pihaknya akan memanggil lima
saksi, termasuk Najib selaku plaintif untuk memberikan keterangan, manakala Pua
(defendan) akan memanggil 15 orang saksi.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Beliau berkata, dalam prosiding hari ini, Hakim Mahkamah
Tinggi Datuk Mohd Zaki Abdul Wahab menetapkan pada 23 April ini bagi
perbicaraan kes.
Prosiding dalam kamar itu turut dihadiri peguam Tan Cheng
Leong yang mewakili Pua.
Sementara itu, Nor Hazira berkata Mahkamah Persekutuan
menetapkan pada 18 Mei ini bagi mendengar rayuan Pua untuk mengetepikan
perintah injunksi sementara diperoleh Najib bagi menghalangnya daripada terus
menerbitkan kenyataan dan klip video yang didakwa memfitnah Perdana Menteri.
Najib yang memfailkan saman fitnah terhadap Pua pada 21
April 2017, berkata kenyataan Pua di ruang legar Bangunan Parlimen pada 6 April
tahun sama, adalah fitnah terhadap jawatannya selaku Perdana Menteri dan
Menteri Kewangan.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Najib berkata, kenyataan itu bermaksud beliau
menyalahgunakan kuasa dengan memberikan arahan melalui Kabinet kepada Speaker
Dewan Rakyat supaya mengusulkan Rang Undang-undang Persendirian dan
mengetepikan rang undang-undang lain, untuk mengalih perhatian terhadap isu
1MDB.
Katanya lagi, ia juga bermaksud dirinya tidak menghiraukan
doktrin pengasingan kuasa dan berkonspirasi dengan PAS untuk memecah undi
Melayu dalam kalangan pembangkang.
– BH Online

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel