Connect with us

Berita Lain

PM Lancar Program MyApprenticeship, Janji Tawaran Sejuta Lagi Peluang Pekerjaan


KUALA LUMPUR: Selari dengan usaha komited kerajaan untuk
menyediakan peluang pekerjaan dan menjamin kebolehpasaran dalam kalangan belia,
kerajaan hari ini melancarkan program MyApprenticeship di Pusat Dagangan Dunia
Putra (PWTC).
Memetik Twitter Bernama, Perdana Menteri Datuk Seri Najib
Tun Razak secara rasmi melancarkan program berkenaan sebagai inisiatif yang
menawarkan peluang perantisan kepada golongan belia.
Menurut Najib, kerajaan Barisan Nasional (BN) telah
mewujudkan lebih 2 juta pekerjaan sejak 2013 dan dijangka lebih sejuta lagi
peluang pekerjaan baharu akan ditawarkan melalui pelbagai program, lapor Malay
Mail.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Kita boleh berbangga dengan pencapaian kami.
“Kita telah mewujudkan 2.26 juta pekerjaan, yang mana ia
sangat dekat dengan sasaran kita untuk mewujudkan tiga juta peluang pekerjaan
dalam tempoh lima tahun.
“Dan melalui MyApprenticeship, sebanyak satu juta lagi
peluang pekerjaan akan diwujudkan, yang mana ia jauh melebihi satu juta
pekerjaan yang dijanjikan oleh pembangkang dalam manifesto mereka,” kata
Pengerusi BN itu ketika merasmikan program berkenaan, hari ini.
Menurut lawan sesawang MyApprenticeship, program ini adalah
inisiatif baharu daripada Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS).
Ia juga terkandung dalam Manifesto Barisan Nasional (BN) –
jaminan Pertama Jaminan Orang Muda (JOM) iaitu menjamin pekerjaan dan latihan
untuk orang muda.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Inisiatif program ini adalah bertujuan dan tertumpu kepada
penempatan graduan belia, wanita, diploma dan ijazah serta pekerja untuk
mengambil bahagian dalam perantisan di sektor awam dan swasta dalam mendapatkan
pengetahuan, kemahiran dan pengalaman kerja yang berharga demi kebolehpasaran
mereka.
Selain itu, kerajaan, melalui pelaksanaan program ini, akan
dapat memastikan tenaga kerja yang dihasilkan adalah terlatih dan cekap sesuai
dengan keperluan industri, di samping merealisasikan aspirasi negara untuk
menjadi sebuah negara berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020.
Mereka yang berminat boleh membuat pendaftaran di
http://www.myapprenticeship.my/.

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel