Connect with us

Berita Lain

PM Nasihat Anggota Parlimen Untuk Kekal Kesetiaan


PUTRAJAYA – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari
ini mahu semua anggota komponen parti Barisan Nasional (BN) dan anggota-anggota
Parlimen BN bersatu padu dan kekal setia kepada parti.

Amanat itu disampaikan beliau dalam pertemuan khas bersama
anggota Parlimen BN di Seri Perdana di sini yang berlangsung kira-kira setengah
jam bermula 9 pagi tadi.
Beberapa anggota Parlimen BN yang keluar dari perkarangan
Seri Perdana kelihatan ceria sambil menurunkan tingkap kenderaan masing-masing
untuk melambai tangan kepada para media yang berkumpul di luar Seri Perdana
sejak 8 pagi.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Penyandang kerusi Parlimen Santubong Datuk Seri Dr Wan
Junaidi Tuanku Jaafar ketika ditemui selepas pertemuan itu berkata perdana
menteri turut mengucapkan terima kasih kepada semua anggota Parlimen atas
perkhidmatan mereka sepanjang penggal ini.
“Beliau (Najib) mengucapkan terima kasih kepada kami anggota
Parlimen kerana telah membuat tugas dengan baik…ini pendekatan baharu yang
dibuat Najib (dalam pertemuan tersebut).
“Beliau juga menasihatkan kami pada pilihan raya nanti, akan
ada nama yang naik, ada yang turun. Ada yang dicalonkan, ada yang tidak
dicalonkan tetapi kita mesti tetap bersama-sama BN,” kata Menteri Sumber Asli
dan Alam Sekitar itu.
Pengerusi BN Perlis Datuk Seri Shahidan Kassim yang juga
penyandang kerusi Parlimen Arau berkata pertemuan hari ini dianggap istimewa
kerana Najib menyampaikan ucapan yang menyentuh hati mengenai setiakawan dan
kesetiaan kepada pemimpin.
“Dalam pertemuan itu juga perdana menteri mengingatkan kami
sebagai anggota Parlimen untuk bersama-sama sebagai satu keluarga,” katanya
kepada media ketika keluar dari perkarangan Seri Perdana.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement
Dalam pada itu, penyandang kerusi Parlimen Simpang Renggam
Datuk Liang Teck Meng yang juga Setiausaha Agung Gerakan berkata pertemuan
tersebut telah berlangsung dengan baik
“Kami menerima beberapa amanat daripada perdana menteri yang
meminta kami untuk bersiap sedia (menghadapi pilihan raya umum),” katanya.
Penyandang kerusi Parlimen Tapah Datuk Seri M. Saravanan
berkata Najib juga menasihatkan anggota Parlimen untuk mengekalkan semangat
kepada perjuangan BN sama ada dicalonkan pada PRU nanti atau tidak.
“Kita semua gembira dengan pertemuan ini, yang melambangkan
kesepaduan dalam BN. Semua rasa puas hati dengan cara perdana menteri dan akan
teruskan dengan semangat BN,” katanya. – BERNAMA


Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel