Connect with us

Berita Lain

PM Umum Henti Sementara Wang Tahanan Peneroka


TEMERLOH: Berita baik buat semua warga Felda di seluruh
negara apabila kerajaan mengumumkan pemberhentian sementara wang tahanan
peneroka sehingga sambutan Hari Raya Aidilfitri ini.
Perkara itu dinyatakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun
Razak pada Majlis Ramah Mesra Bersama Warga Peneroka Felda Dewan Undangan
Negeri (DUN) Jengka di Padang Awam Felda Jengka 11, Kuala Krau di sini hari
ini.
Najib berkata, beliau mengumumkan sedemikian kerana memahami
keluh-kesah dan denyut nadi rakyat khususnya melibatkan ekonomi serta
pendapatan peneroka.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Wang tahanan itu boleh dicairkan sehingga Hari Raya
Aidilfitri akan datang bagi tujuan meningkatkan keyakinan warga Felda.
“Selain itu, bagi warga Parlimen Kuala Krau, sebanyak 666
lot Rumah Mesra Rakyat Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB)-Felda akan
dibina dengan harga sebanyak RM35,000 seunit selepas diberi diskaun dan
subsidi,” katanya ketika berucap di depan lebih 8,000 warga Felda.
Yang hadir sama Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob dan
Ahli Parlimen Kuala Krau, Datuk Seri Ismail Mohamed Said.
Menurut Najib, bagi projek menaik taraf kemudahan prasarana
dan infrastruktur pula, sebanyak RM10 juta diberi-kan untuk menaik taraf
Hospital Jengka di sini.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

“Projek menaik taraf Jalan Persekutuan juga diteruskan bagi
fasa kedua dari Bandar Pusat Jengka ke Felda Jengka 8, dari simpang Jengka 18
ke simpang Jengka 21 dan dari simpang Jengka 12 ke Jambatan Kuala Krau,”
katanya.
– UTUSAN ONLINE

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel