Connect with us

Berita Lain

Polis N.Sembilan Tumpaskan Kongsi Gelap ‘Geng 36’



SEREMBAN – Polis menumpaskan ‘Geng 36’ ekoran penangkapan 34 anggota kumpulan kongsi gelap itu dalam ‘Ops Cantas Hoben’ yang dijalankan di seluruh negara sejak 29 Mac lepas.


Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Noor Azam Jamaludin berkata kesemua anggota kumpulan terbabit, yang berusia antara 25 hingga 54 tahun, ditahan di sekitar negeri ini, Pahang dan Perak.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();



Beliau berkata anggota kumpulan terbabit dipercayai terlibat dengan jenayah bunuh, mendatangkan kecederaan, pemerasan, khianat dengan api dan pengedaran dadah.


“Kesemua suspek bekerja sebagai peniaga, pengutip hutang, pemandu lori dan penarik kereta yang sangat aktif dalam jenayah terancang dan kesalahan lain yang serius.


“Kebanyakan mereka mempunyai rekod kesalahan lampau berkaitan jenayah kekerasan dan dadah dengan 20 daripadanya pernah diambil tindakan di bawah Undang-Undang Pencegahan di bawah Ordinan Darurat (O.D), Langkah-Langkah Pencegahan Khas (LLPK) dan Akta Pencegahan Jenayah (POCA),” katanya pada sidang media di sini, hari ini.


Noor Azam berkata kesemua suspek yang ditahan telah direman selama 28 hari bermula 29 Mac mengikut peruntukan Seksyen 4(5) Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA).


Susulan penangkapan mereka, katanya, sebanyak RM1.1 juta nilai barangan dirampas dan disita termasuk dua rumah, beberapa kenderaan, barang kemas dan dokumen pajak gadai.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});



“Hasil risikan selama tiga tahun, polis percaya ada lagi sembilan orang saki-baki anggota kumpulan tersebut yang masih bebas dan kami akan terus memburu mereka,” katanya.

Advertisement
  1. Beliau berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 130 V Kanun Keseksaan dan Seksyen 130 W Kanun Keseksaan serta Seksyen 4 (1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktivit Haram (AMLATFPUAA) 2001. – BERNAMA

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel