Connect with us

Berita Lain

Polis Tahan 3 ‘Superman’


TANJUNG MALIM: Polis menahan tiga daripada sekumpulan
penunggang motosikal yang melakukan aksi ‘superman’ di Lebuhraya Utara Selatan
(PLUS) di sini selepas aksi berbahaya mereka itu viral di laman sosial.
Aksi meniarap di atas motosikal dengan kedua-dua kaki lurus
ke belakang yang dipercayai dilakukan jam 1.15 petang Ahad lalu itu diviralkan
pemilik Facebook (FB) menggunakan nama Syahril A Kadir, lapor BH Online.
Dalam status di FB itu, Syahril memuat naik gambar berserta
status ‘Mereka rasa mereka terlalu hebat. Mereka rasa mereka adalah Raja
Lebuhraya. Mereka rasa malaikat maut masih jauh jaraknya dari mencabut nyawa
mereka.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

‘Mereka rasa mereka kebal dari undang-undang. Mereka tak
hirau langsung nyawa pengguna jalan raya yang lain. Yang mereka tahu semua
orang mesti hormat dan takut sama mereka. JOM VIRALKAN’.
Ketua Polis Daerah Muallim, Superintendan Wan Kamarul Azran
Wan Yusof, berkata ketiga-tiga lelaki berusia 21 hingga 24 tahun itu ditahan
oleh Unit Risikan dan Operasi Jabatan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Ibu Pejabat
Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang jam 2 petang kelmarin di tiga lokasi berbeza
di negeri itu.
Katanya, anggota JSPT IPK Pulau Pinang yang menerima
maklumat mengenai tindakan kumpulan itu melalui FB milik Syahril A Kadir
kemudiannya dapat mengesan suspek berpandukan nombor pendaftaran motosikal
digunakan.
Menurutnya, polis kemudian melakukan serbuan di tiga lokasi
berbeza di Bukit Mertajam dan menahan ketiga-tiga suspek.
Katanya, mereka kemudian dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah
(IPD) Seberang Perai Tengah sebelum kes dirujuk ke Bahagian Siasatan
Penguatkuasaan Trafik IPD Muallim.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

“Ketiga-tiga lelaki yang ditahan mengikut Seksyen 42(1)
Akta Pengangkutan Jalan 1987 mengaku terbabit dalam gambar yang viral itu.
“Kami turut merampas beberapa barang kes antaranya tiga
topi keledar berwarna biru dan putih, tiga jaket lengan panjang berwarna kelabu
dan merah, tiga jeans biru, tiga kunci motosikal dan tiga pasang kasut,”
katanya dalam kenyataannya di sini.
Wan Kamarul Azran berkata, perintah reman sudah dikeluarkan
Mahkamah Majistret Slim River selama empat hari bermula semalam dan siasatan
lanjut sedang dijalankan.
Menurutnya, polis juga sedang menjalankan operasi bagi
mengesan suspek lain yang terbabit dan meminta pemilik FB untuk tampil membantu
siasatan.

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel