Connect with us

Berita Lain

PPBM Tarik Balik Saman Terhadap RoS


KUALA LUMPUR – Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) hari
ini menarik balik saman pemula difailkan terhadap Jabatan Pendaftaran
Pertubuhan Malaysia (RoS) bagi menuntut deklarasi berhubung status pendaftaran
parti itu.

Peguam Mohamed Haniff Khatri Abdulla, yang mewakili PPBM
memberitahu pemberita bahawa Hakim Mahkamah Tinggi, S. Nantha Balan membenarkan
saman itu ditarik balik tanpa sebarang kos selepas pengurusan kes saman
berkenaan di dalam kamarnya hari ini.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Peguam itu berkata PPBM menarik balik saman pemula itu
berikutan parti berkenaan telah memfailkan permohonan kebenaran semakan
kehakiman untuk mencabar tindakan Ketua Pengarah RoS, Surayati Ibrahim
membubarkan sementara parti berkenaan di Mahkamah Tinggi di sini, pada 5 April
lepas. Permohonan itu akan didengar di hadapan Hakim Datuk Wira Kamaludin Md
Said esok.
Pada 22 Februari lepas, PPBM melalui Setiausaha Agungnya,
Datuk Dr. Shahruddin Md Salleh selaku plaintif memfailkan saman pemula dengan
menamakan RoS sebagai defendan.
Dalam saman pemula itu, PPBM yang ditubuhkan pada 8
September 2016, memohon deklarasi bagi menuntut RoS mematuhi segala prosedur
dan tidak boleh membatalkan parti berkenaan mengikut peruntukan di bawah Akta
Pertubuhan 1966.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Plaintif juga memohon suatu deklarasi bahawa tindakan RoS
yang tidak memberi maklum balas terhadap tiga surat yang dikemukakan
terhadapnya adalah bercanggah dengan Akta Pertubuhan 1966 selain menuntut
supaya RoS menjalankan siasatan terhadap segala pertikaian berkaitan parti
berkenaan. – BERNAMA

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel