Connect with us

Berita Lain

Priyanka ramal Meghan pengganti Puteri Diana, disayangi rakyat

Meghan (kiri) dan Priyanka.


SENARAI Individu Paling Berpengaruh TIME100 tahun ini menyaksikan beberapa nama seperti Nicole Kidman, Gal Gadot, Rihanna, Chadwick Boseman, Justin Trudeau dan ramai lagi.


Namun, yang paling mencuri tumpuan pastinya bakal kerabat diraja Britain, Meghan Markle yang akan disatukan dengan Putera Harry tidak lama lagi.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();



Penyenaraian Meghan turut menarik perhatian aktres Bollywood, Priyanka Chopra yang berpendapat wanita itu sudah hidup seperti seorang puteri walaupun belum berkahwin dengan Harry.


“Saya sedar yang Meghan begitu prihatin dengan dunia. Dengan Meghan, anda dapat melihat apa yang nyata. Apa yang dipaparkan boleh dikaitkan dengan wanita muda di luar sana.


“Sifat belas kasihan dalam dirinya menjadi bukti, segala apa yang dibuat Meghan akan menghubungkan generasi yang memerlukan kebaikan,” tulis Priyanka menerusi Time.


Ia merujuk kepada kerja-kerja kemanusiaan Meghan.


Sebelum bertunang dengan Putera Harry, Meghan terlibat dengan One Young World, yang memperjuangkan isu kesaksamaan jantina dan perhambaan moden.


Dia turut bekerja dengan World Vision Canada dan  Kesaksamaan Gender dan Memperkasakan Wanita di bawah kendalian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).


Sehingga kini, dia masih meneruskan kerja-kerja berkenaan. Malah, dia turut meminta tetamu yang bakal hadir ke majlis perkahwinannya supaya menderma untuk badan-badan amal.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});



Priyanka turut meramalkan Meghan akan menjadi puteri kesayangan rakyat, gelaran yang pernah diberikan kepada Puteri Diana suatu ketika dahulu.


“Dengan senyuman manis dan semangat membara, wanita ini menemui puteranya dan membuat dunia percaya semula dengan kisah dongeng.


“Tapi apa yang lebih penting, Meghan seorang yang berpengaruh dan dunia perlu seorang figura yang hebat sepertinya sebagai contoh teladan.


“Sayang sentiasa, kawanku. Semoga berbahagia selamanya,” ujar Priyanka.


Perkahwinan diraja antara Putera Harry dan Meghan akan dilangsungkan pada 19 Mei ini.


Meghan kini hanya menunggu masa untuk ditabalkan sebagai puteri yang sebenar. Tahniah di atas penyenaraian dalam senarai 100 Individu Paling Berpengaruh Time100.

Advertisement

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel